KAPTEN Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan Harimau Selatan musim depan selepas mendapat tawaran daripada kelab Turkiye, Trabzonspor.
Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang penyokong dalam group Facebook Stadion Indonesia yang menyatakan Jordi dipercayai tertarik dengan tawaran daripada Trabzonspor.
Tangkap layar oleh penyokong JDT.
Pemain kebangsaan Indonesia itu sebelum ini beraksi bersama RCD Espanyol, Rayo Vallecano, Swansea City, Real Betis dan KAS Eupen.
Jika perkara itu terjadi ia akan memaksa JDT mencari pengganti sesuai untuk menggalas tugas yang akan ditinggalkan pemain berusia 31 tahun itu.
Majoriti senaraikan tiga bintang yang sesuai untuk menggantikan Jordi yang juga berperanan sebagai kapten Harimau Selatan:
Shane Lowry berjaya melakukan lima penampilan bersama JDT musim ini.
1. Shane Lowry
Shane Lowry masih merupakan tonggak utama JDT yang mana dia baru pulih daripada kecederaan dan banyak diturunkan beraksi bersama JDT II dalam Liga MFL.
Sebelum kecederaan yang serius, Lowry merupakan tonggak utama pertahanan JDT bergandingan dengan Shahrul Saad.
Namun kehadiran Jordi serta prestasi menakjubkan oleh Feroz Baharuddin mengenepikan duo pertahanan JDT daripada terus menjadi pilihan Esteban Solari.
Pemain berusia 34 tahun itu mempunyai banyak pengalaman bersama beberapa pasukan seperti Eropah dan Asia.
Musim ini, Lowry hanya berjaya melakukan lima penampilan bersama JDT dalam perlawanan Liga Super.
Sandy turut mengikuti jejak langkah kapten JDT itu memilih Indonesia.
2. Sandy Walsh
Di Liga Malaysia pastinya ramai mengenali Jordi sebagai pemain warisan Sepanyol-Indonesia yang sudah mula turun beraksi bersama skuad nasional Sang Garuda.
Tetapi bukan sahaja Jordi yang mendapat kerakyataan oleh kerajaan Indonesia, seorang pemain berdarah Belanda-Indonesia, Sandy Walsh turut mengikuti jejak langkah kapten JDT itu.
Sandy beraksi sebagai pertahanan kanan tetapi boleh beraksi sebagai pertahanan tengah.
Pemain berusia 28 tahun itu beraksi di Liga Belgium dengan menyertai beberapa pasukan seperti KRC Genk, Zulte Waregem dan kini KV Mechelen.
Sandy juga berpengalaman di pentas antarabangsa dengan mewakili skuad kebangsaan Belanda dalam pelbagai peringkat umur kecuali senior.
Cools meraih pelbagai pengalaman di samping mencatatkan beberapa kejayaan.
3. Dion Cools
Meskipun hanya berstatus pemain warisan, tidak salah untuk melabel bek tengah, Dion Cools sebagai salah seorang pemain tempatan dengan karier cukup baik di luar negara.
Dilahirkan di Sarawak, pertahanan kental tersebut memulakan kariernya bersama kelab kerdil di Belgium, OH Leuven untuk dua musim.
Selepas membuktikan bakatnya, pemain terbabit memilih untuk berkelana dan menyertai sebuah lagi pasukan di negara itu, Club Brugge pada 2015.
Sepanjang bersama skuad Biru Hitam, Dion Cools meraih pelbagai pengalaman di samping mencatatkan beberapa kejayaan, termasuk menjuarai liga utama Belgium sebanyak dua kali.
Lima tahun selepas itu, bek tersebut memilih untuk sekali lagi berpindah dengan kelab Denmark, Midtjylland menjadi destinasi baharunya.
Senario sama turut berlaku apabila dia mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama dalam membantu pasukan berkenaan mencatatkan momen-momen berharga.
Pencapaian itu juga menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberikannya peluang untuk berada dalam skuad kebangsaan dengan Dion Cools mencatatkan debutnya pada 2021.
Kini, pemain berusia 27 tahun itu sudah menyertai kelab Thailand, Buriram United dengan dia menjadi tonggak utama di sebalik kejayaan treble mereka di peringkat domestik.
Malah, ada juga yang melabel Dion Cools sebagai pemain tempatan terbaik yang pernah beraksi di luar negara melihat kepada koleksi kejuaraannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram