[VIDEO] 'Kalau ada butang reset, tak ada pasukan negeri langsung', pemerhati ulas kemeriahan Liga M


  • Podium
  • Jumaat, 11 Ogos 2023

Logo-logo pertandingan Liga M musim ini. — MFL

LIGA bola sepak Malaysia musim ini semakin hampir menutup tirainya selepas hampir kesemua pasukan masih tinggal berbaki tujuh perlawanan sahaja setakat ini.

Johor Darul Takzim (JDT) terus mendominasi kedudukan liga selepas tidak merekodkan sebarang kekalahan dalam 19 perlawanan musim ini.

Namun begitu, kehangatan Liga Super kian pudar selepas penyokong mula bosan dengan dominasi JDT yang mana ia dilihat seperti tiada persaingan di negara ini.

Malahan perebutan tempat kedua Liga Super pula menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.

JDT

Johor Darul Takzim. Facebook/JDT

Jika anda diberikan peluang untuk mengembalikan keterujaan penyokong Liga Malaysia (Liga M) bagi menyaksikan bola sepak di negara ini, apakah yang akan anda lakukan?

Persoalan ini dijawab oleh personaliti televisyen, Keeshmatstats dalam satu program Astro Arena, Bola itu Life dia menerangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk merancakkan Liga M jika mendapat peluang itu.

Keesh berkata, jika terdapat satu butang 'reset' untuk mentransformasikan Liga Malaysia dia akan tidak mewujudkan pasukan berasaskan negeri.

"Sebenarnya kalau bola sepak Malaysia ini ada satu butang 'reset magicial' yang mana kalau kau tekan butang itu benda pertama yang akan aku buat ialah tiada pasukan negeri.

"Tapi itu dah terlambat, sebab itu, sekarang ini kita tak boleh suruh penyokong lupakan sejarah Selangor ataupun sejarah Perak.

"Sebab benda itu dah jadi sebahagian daripada identiti kita," katanya dalam program tersebut.

Tambahnya lagi, dia berpandangan perlu wujudkan liga baharu bagi pasukan daripada setiap bandar atau daerah supaya boleh bersaing sesama sendiri.

"Sebab itu pandangan aku, kita tak boleh kacau pasukan-pasukan negeri ini... biarlah mereka 'compete' dalam satu liga lain.

"Kau tak boleh jangka Kajang FC untuk lawan dengan Selangor dari segi dana ataupun untuk sokongan daripada penyokong.

"Jadi kalau mereka wujud dalam satu liga yang berbeza dan kemudian kita ada 'regional league' yang mana pasukan-pasukan ini boleh compete dengan light size pasukan, light size fan base mungkin ia lebih stabil," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram