Hilang lebih banyak kerusi tapi PH-BN masih kekal majoriti 2/3 di Pulau Pinang


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memilih untuk bertanding di bawah satu bumbung untuk PRN di enam negeri tahun ini.

GABUNGAN antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PN-BH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang memberikan hasil seperti mana diramalkan.

Berdasarkan kesemua 40 kerusi yang dipertandingkan, kerjasama parti itu memenangi di 28 lokasi sementara pencabar terdekat, Perikatan Nasional (PN) memenangi 11 kerusi dengan kerusi Machang Bubuk masih dalam proses perkiraan.

Keputusan tersebut menyaksikan PH-BN menang dengan majoriti mudah besar dua per tiga, sekali gus meneruskan penguasaan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Antara keputusan menarik yang dicipta ketika pilihan raya di negeri itu ialah kemenangan yang diraih calon daripada PH-BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Majoriti 2,321 undi yang diraih bekas Menteri Belia dan Sukan itu di kerusi Bertam menyaksikannya merampas kerusi tersebut daripada penyandangnya, Khaliq Mehtab yang mewakili PN.

Sementara itu, di kerusi Permatang Pasir pula, penyandang yang juga bertanding di bawah tiket PH-BN gagal menepati ramalan apabila hanya meraih 10,418 undi, sekali gus mengatasi lawannya, Amir Hamzah yang meraih 13,526 undi.

Penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut menepati ramalan apabila meneruskan penguasaannya di kerusi Padang Kota selepas meraih majoriti undi 7,116.

Catatan kerusi itu menyaksikan pembangkang meraih lebih banyak kerusi berbanding PRN pada 2018 yang mana mereka hanya memperolehi tiga kerusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram