Mahdzir Khalid gagal rampas DUN Pedu, Mohd Radzi menang lebih besar


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Mahdzir Khalid (kanan) bersama rakan gabungan PH-BN, Mahfuz Omar dari Amanah.

BEKAS Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid gagal untuk merampas kembali menebus kubu kuatnya, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Radzi Md Amin (PN-PAS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Madhzir sebelum ini memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 namun pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 memilih memberi laluan kepada calon lain mempertahankan kerusi itu.

Sebaliknya, Mahdzir hanya bertanding untuk mempertahankan Parlimen Padang Terap yang menyaksikan beliau kalah kepada calon PN, Nurul Amin Hamid pada 2018.

Berdasarkan keputusan rasmi, Mahdzir kalah dengan majoriti 6,373 undi undi di belakang pencabarnya, Mohd Radzi yang juga penyandang kerusi tersebut.

Mahdzir memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.

Pertembungan itu menyaksikan perebutan kuasa 28,606 jumlah pengundi berdaftar di kawasan DUN tersebut.

Berdasarkan rekod PRU15, Mohd Radzi hanya menang tipis dengan majoriti 670 undi menewaskan calon BN, Kama Noriah Ibrahim dan Hisham Idris (PKR).

Pada PRU14, seramai 22,550 pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram