PRN: Lebih 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang


  • Primer
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri. — Bernama

LIMA negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).

Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56 peratus setakat 4 petang tadi.

WhatsApp Image 2023-08-12 at 17.10.42

Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 4 petang tadi adalah 67 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi Sabtu.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram