Polis Kedah terima 3 laporan kes kecurian identiti pengundi PRN


  • 112
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Tiga pengundi mendakwa nama mereka digunakan oleh individu lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang berlangsung pada Sabtu.

TIGA kes kecurian identiti telah dikesan, dengan pengundi mendakwa nama mereka digunakan oleh individu lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang berlangsung pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, setakat pukul 2 petang, pihak polis telah menerima tiga laporan daripada orang ramai susulan kejadian tersebut.

“Bagi kes pertama, seorang wanita datang mengundi di sebuah sekolah di Kulim kira-kira pukul 8.50 pagi dan diberitahu namanya ditandakan sebagai telah mengundi.

“Dia percaya namanya 'dicuri' dan disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Fisol menjelaskan, bagi kes kedua yang juga berlaku di Kulim, laporan itu melibatkan seorang pengundi lelaki manakala kes ketiga, di Kuala Muda, melibatkan seorang lagi wanita.

"Laporan tersebut akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram