Destinasi Lee Tuck akhirnya diketahui, sempat bertemu tonggak Tok Gajah sebelum berhijrah


  • Podium
  • Jumaat, 11 Ogos 2023

Lee Tuck mempunyai momen-momen manis tersendiri sepanjang enam tahun di Malaysia. — Facebook/FAM

TANDA tanya mengenai hala tuju karier pemain Harimau Malaya, Lee Tuck masih belum terjawab dengan jendela perpindahan Liga Super sudah ditutup awal Ogos lalu.

Selepas melakukan kejutan dengan meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 26 Julai lalu, pelbagai khabar angin mula timbul mengenai destinasi baharunya.

Antara pasukan yang disebut-sebut bakal menyambar khidmatnya ialah Selangor FC dan Sabah FC dengan masing-masing dilihat cukup berminat dengan perancang tengah itu.

Bagaimanapun, persetujuan tidak dapat dicapai dengan mana-mana pihak, sekali gus menyaksikan Lee Tuck kekal berstatus ejen bebas sehingga penghujung musim.

365859792_18378913888054711_3492931076793347265_n

Lee Tuck berkongsi sekeping foto memaparkannya di samping susunan kotak di kediamannya. Instagram/lee_tuck

Ia menyebabkan peminat bola sepak tempatan terus tertanya-tanya mengenai pasukan yang bakal disertainya memandangkan satu-satunya pilihan yang dimilikinya adalah untuk ke luar negara.

Tetapi, berdasarkan perkongsian yang sering dimuat naik di media sosial peribadinya, terdapat kemungkinan bahawa pemain berusia 35 tahun itu bakal pulang ke negara kelahirannya, England.

Di samping sering memberikan mesej-mesej tersirat, Lee Tuck juga kerap mengimbau kenangan lama dengan berkongsi gambar ketika dia masih muda dan masih berada di Eropah.

Baru-baru ini, ura-ura tersebut seperti disahkan sendiri bekas pemain Terengganu FC berkenaan apabila dia memuat naik tiga keping foto yang menunjukkan keluarganya sudah bersiap sedia untuk pulang.

"Barangan selama 15 tahun sudah siap disimpan di dalam kotak dan bersedia untuk diposkan," tulisnya di ruangan kapsyen dalam perkongsian yang dibuat pada Jumaat.

WhatsApp Image 2023-08-11 at 19.50.36

Tangkap layar InstaStory Lee Tuck menampilkannya bersama Nick Swirad.

Hal berkenaan seperti mengesahkan bahawa Lee Tuck akan berpindah ke England, sekali gus menamatkan kariernya selama lebih lima tahun di Liga Super.

Malah, pemain berkenaan turut sempat bertemu tonggak dan bekas rakan sepasukan di Sri Pahang FC, Nick Swirad berdasarkan satu perkongsian di InstaStory.

Selain kerap mewarnai pasukan-pasukan tempatan dengan semangatnya setiap kali diturunkan, pemain tersebut juga berpeluang mengecapi momen-momen manis.

Meskipun tidak pernah menjulang sebarang trofi-trofi domestik, Lee Tuck pastinya akan diingati sebagai antara import terbaik sebelum bergelar pemain naturalisasi pada 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram