Aksi getir jumpa Sri Pahang, Nafuzi Zain seperti dalam dilema pilih 2 DMF


  • Podium
  • Selasa, 08 Ogos 2023

Skuad Sang Kenari pastinya masih terkesan akibat kekalahan mengejutkan kepada skuad TBG baru-baru ini. — Facebook/KDA FC

PERTEMBUNGAN tumpuan untuk aksi Liga Super minggu ke-19 pada Selasa pastinya antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sri Pahang FC.

Selepas menempuhi 18 perlawanan, kedua-dua pasukan ketika ini terikat dengan 37 mata, namun kelebihan berpihak kepada skuad Sang Kenari yang mempunyai perbezaan gol lebih baik.

Kemenangan di Stadium Darul Aman, Kedah untuk mana-mana pasukan akan menyaksikan mereka mampu mengikat mata dengan skuad Gergasi Merah dengan syarat kelab Lembah Klang itu tewas ketika bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC pada Selasa.

Melihat kepada situasi mereka, tekanan pastinya lebih dirasai KDA FC berikutan kekalahan mengejutkan yang dialami baru-baru ini dalam aksi pembukaan Piala Malaysia kepada Perak FC.

Walaupun mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Super, kebolehan skuad Tok Gajah tidak boleh dipandang rendah dengan pasukan itu turut memiliki rekod cemerlang setakat ini.

Jadi, sekiranya Nafuzi Zain dan pihak kejurulatihan yang lain berhasrat untuk membawa pulang tiga mata penuh, perubahan perlu dibuat terhadap kesebelasan utama.

365148215_324311336616717_1656719591058831420_n

Amirbek mempunyai kebolehan untuk melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan. Facebook/KDA FC

Berdasarkan perlawanan terakhir buat pasukan itu, kepercayaan diberikan buat gandingan pemain tengah, Mior Dani Armin dan Moses Atede untuk mengurangkan tekanan pihak lawan ke atas benteng pertahanan.

Tetapi, pendekatan itu seperti tidak memberikan kesan seperti mana diharapkan apabila skuad The Bos Gaurus (TBG) mudah melenyapkan kehadiran mereka.

Selain itu, jentera serangan KDA FC juga dilihat tidak mempunyai intensiti ketika situasi menyerang, lebih-lebih lagi buat pemain sayap kiri, Fayadh Zulkifli Amin.

Dia yang masih menanti-nantikan jaringan pertama buat skuad Sang Kenari musim ini terus diberi kritikan daripada peminat setia pasukan sehingga ada daripada mereka berharap dia dapat digugurkan untuk sementara.

Antara yang memberikan pandangan itu ialah seorang pengguna Facebook, Don K-Rul Izham yang berharap terdapat perubahan dapat dibuat Nafuzi ke atas kesebelasan utamanya.

"Sejak dua, tiga perlawanan sebelum ini, Kedah hilang sentuhan 'bantuan' dari posisi tengah. Amirbek Juraboev perlu ada dalam perlawanan ini (menentang Sri Pahang).

365227787_326022476445603_4906095167221551598_n

Partiban tiba dengan reputasi cukup baik dari KL City FC. Facebook/KDA FC

"Bukan menidakkan keupayaan Moses Atede tapi Amirbek lebih ada teknik ball striking, kemampuan memberi pilihan atau ancaman untuk gol," katanya.

Sejak Moses mencipta debut ketika berdepan PDRM FC 9 Julai lalu, kehadiran Amirbek semakin kurang dirasai dengan dia terpaksa merebut posisi itu.

Kali terakhir pemain kebangsaan Tajikistan itu turun buat skuad Sang Kenari dalam Liga Super adalah ketika berdepan Kelantan United yang mana dia berjaya menjaringkan satu gol.

Jadi, untuk meningkatkan peluang mereka meraih jaringan, Amirbek merupakan pertaruhan terbaik untuk pasukan itu melihat kepada empat gol yang diperolehinya setakat ini.

Sementara itu, penyokong tersebut turut memberi cadangan agar Nafuzi memberikan laluan buat rekrut baharu mereka, J Partiban bagi menggugurkan Fayadh Zulkifli.

"Lagi satu, J. Partiban wajar diberi pilihan pertama berbanding Fayadh buat masa kini. Kawal emosi, bermain bersungguh sungguh," tulisnya.

Pemain berkenaan sebelum ini dibawa masuk secara pinjaman dari KL City FC memandangkan dia mempunyai kebolehan untuk beraksi di pelbagai posisi.

Selain mampu diturunkan sebagai penyerang sayap, Partiban juga pernah diberikan peranan untuk beraksi sebagai pemain tengah menyerang dengan peranan itu pernah diisi Lee Tuck. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram