Tiga kelebihan Partiban sertai Sang Kenari tingkat kualiti Ifedayo


  • Podium
  • Selasa, 01 Ogos 2023

Pemain sayap, KL City FC, J. Partiban. — Instagram/jpartiban16

PADA Selasa, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan berita gembira buat penyokong bola sepak Sang Kenari selepas mengesahkan pemain sayap Kuala Lumpur (KL) City FC, J. Partiban beraksi bersama pasukan itu.

Partiban menyarung jersi Hijau Kuning sebagai pemain pinjaman untuk membantu Sang Kenari menghadapi baki saingan liga musim ini.

Kehadiran pemain sayap KL City FC itu dijangka bakal memperkuatkan jentera serangan skuad Sang Kenari yang baru-baru ini kehilangan tonggak utama pasukan tersebut.

WhatsApp Image 2023-08-01 at 13.53.37

Tangkap layar hantaran tersebut di Instagram. — Instagram/klcityfootball

Melihat kepada situasi KDA FC, kehadiran Partiban dilihat bakal mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan oleh tonggak utama Sang Kenari, Lee Andrew Tuck yang mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada pasukan tersebut.

Selain itu, kehadiran pemain berusia 30 tahun itu juga dijangka akan memberikan impak kepada bekas peledak Selangor FC, Ifedayo Olusegun untuk beraksi bersama membantu pasukan KDA FC.

Oleh itu, kemasukan pemain sayap KL City FC itu dianggap akan memacu jentera serangan skuad Sang Kenari yang ketika ini diketuai oleh Ifedayo.

Setakat tiga perlawanan beraksi bersama KDA FC dalam saingan Liga Super, pemain Nigeria itu sudah mencetak empat jaringan.

WhatsApp Image 2023-08-01 at 17.13.22

Aksi Ifedayo (tengah) ketika bermain Kedah. — Instagram/omosuyidayo

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga kelebihan Partiban selepas menyertai pasukan KDA FC:

1) Passing berkualiti

Partiban merupakan pemain kidal yang memiliki sepakan padu dari jarak jauh dijangka mampu menjadi senjata Sang Kenari.

Pastinya kelebihan seperti itu mampu membantu Ifedayo untuk meledak jaringan.

Selain Ifedayo, kualiti hantaran yang dimiliki Partiban juga akan membantu serangan KDA FC secara keseluruhan melihat kepada pengalaman dalam Liga Super.

2) Pressing

Pemain berketinggian 1.75 meter itu mencuri tumpuan selepas memiliki keupayaan mencuri bola daripada pihak lawan.

Kelebihan itu sememangnya amat diperlukan buat skuad Sang Kenari kerana dilihat sukar untuk mendapatkan bola.

Walaupun berusia 30 tahun, Partiban masih dianggap sebagai pemain sayap yang rajin di atas padang selain dijangka mampu membuka ruang untuk pasukannya menghasilkan jaringan.

Perkara itu dapat disaksikan apabila dia sering menggangu gerakan pihak lawan meskipun hanya diturunkan sebagai pemain gantian.

3) Rajin dan lincah

Meskipun hanya beraksi sebanyak lima kali bersama skuad Warga Kota, Partiban dianggap sebagai seorang pemain yang lincah dan rajin di atas padang.

Ini kerana, pemain berusia 30 tahun itu berkebolehan untuk beraksi dalam tiga posisi yang berlainan sama ada di kiri ataupun kanan sayap serta tengah menyerang di bahagian kiri.

Oleh itu, kelincahan, kerajinan serta kelebihan dari segi fizikal menjadikannya satu mimpi ngeri buat pertahanan lawan untuk menyekat gerakannnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram