[VIDEO] Akibat provokasi melampau, 2 kumpulan penyokong tak hirau larangan polis bergaduh di tengah jalan


  • Podium
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Tangkap layar video insiden pergaduhan di antara penyokong Doncaster Rovers dan Hull City.

PENYOKONG Doncaster Rovers dan Hull City terlibat dalam satu pergaduhan sebelum pegawai polis bertindak untuk masuk campur bagi menghalang insiden tersebut berlaku dengan lebih teruk.

Pergaduhan itu dipercayai berlaku sebelum perlawanan Piala Carabao di antara kedua-dua pasukan yang berlangsung pada Rabu.

Video pergaduhan itu tular di media sosial yang mana memperlihatkan sekumpulan penyokong bergaduh di tengah jalan dan tidak mengambil peduli meskipun beberapa anggota polis berada di kawasan kejadian.

Pergaduhan itu tercetus selepas beberapa penyokong Doncaster Rovers melakukan provokasi terhadap penyokong tuan rumah (Hull City) semasa mereka dalam perjalanan ke Stadium MKM, United Kingdom.

Difahamkan, provokasi itu berlarutan hingga ke dalam stadium selepas penyokong Doncaster Rovers dipercayai membakar suar apabila pasukan mereka memperoleh gol ke atas Hull City.

Dalam perlawanan itu, George Miller menjaringkan dua gol buat Doncaster Rovers untuk terus bangkit daripada ketinggalan ketika menewaskan Hull City.

Oscar Estupinan meletakkan Hull City di hadapan seawal minit ketiga perlawanan sebelum Miller berjaya menyamakan kedudukan 15 minit kemudian.

Keputusan kekal 1-2 yang mana Doncaster layak ke pusingan seterusnya untuk meneruskan aksi di dalam kejohanan Piala Carabao. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram