[VIDEO] Fans kelab Itali ceroboh padang, bantah idea buru bintang Chelsea


  • Podium
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Protes tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan serius. — Agensi

PENYOKONG kelab gergasi Itali, Juventus bertindak ganas apabila menceroboh masuk ke dalam padang ketika aksi persahabatan pramusim antara pasukan itu dengan AC Milan.

Tindakan itu dibuat sebagai tanda protes kepada khabar angin yang mengatakan juara Serie A 36 kali itu akan mendapatkan khidmat penyerang sensasi Chelsea, Romelu Lukaku.

Perpindahan tersebut dikahabarkan bakal menyaksikan Juventus akan kehilangan pemain berusia 23 tahun, Dusan Vlahovic dengan sejumlah wang juga akan dibayar.

Berang akan berita tersebut, peminat setia skuad I Bianconeri memilih untuk menceroboh masuk ketika perlawanan sedang berlangsung di Stadium Allianz, Itali.

Sebelum tindakan itu dibuat, mereka pada awalnya melaungkan kata-kata yang menolak kehadiran Lukaku, sekali gus menunjukkan bahawa mereka serius akan pendirian tersebut.

Musim lalu, penyerang berusia 30 tahun itu dipinjamkan ke Inter Milan pada pertengahan musim selepas hubungannya dengan Chelsea bertukar tegang menerusi satu sesi temubual pada Disember 2021.

ROME, ITALY - MAY 06: Romelu Lukaku of FC Internazionale celebrates after scoring the team's second goal during the Serie A match between AS Roma and FC Internazionale at Stadio Olimpico on May 06, 2023 in Rome, Italy. (Photo by Paolo Bruno/Getty Images)

Masa depan mengenai hala tuju Lukaku semakin samar. — Agensi

Bagaimanapun, kehadirannya itu juga tidak membuahkan sebarang hasil apabila dia bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Walaupun terdapat khabar angin mengatakan Inter Milan bersedia untuk membawa masuk Lukaku dengan kontrak tetap, cadangan itu terbatal apabila muncul pendedahan bahawa Lukaku pernah berjumpa wakil dalaman Juventus secara rahsia beberapa kali.

Kepulangan penyerang antarabangsa Belgium tersebut turut ditolak golongan ultras skuad I Nerazzurri yang melabel pemain itu sebagai seorang pembelot. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram