Lukaku terlepas peluang sekat treble Man City, Simone Inzaghi berang cekak baju staf


  • Podium
  • Ahad, 11 Jun 2023

Romelu Lukaku menjadi kecaman penyokong Inter Milan selepas banyak mensia-siakan peluang di depan gol. — Agensi

ROMELU Lukaku dikritik hebat oleh penyokong di sosial media selepas prestasi buruk bersama Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Olimpik Ataturk, Turki.

Manchester City memenangi perlawanan akhir UCL dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Rodri sekali gus melengkapkan treble buat skuad kendalian Pep Guardiola selepas mereka memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA.

Lukaku yang dipinjamkan dari Chelsea, menggantikan Edin Dzeko pada minit ke-57 perlawanan banyak mensia-siakan peluang terbuka buat Inter Milan.

Salah seorang penyokong merasakan Lukaku sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol selepas beberapa kali menanduk bola ke arah gawang gol lawan.

Ketika Lukaku terlepas peluang menjaringkan gol, Simone Inzaghi kelihatan tidak berpuas hati di tepi padang selepas dia dipercayai menarik baju salah seorang staf Inter Milan.

Sebelum ini, pihak pengurusan Inter Milan dijangka mengekalkan khidmat penyerang kebangsaan Belgium itu selepas dia menjaringkan 77 gol buat pasukan dalam dua musim.

WhatsApp Image 2023-06-11 at 12.52.18 PM

Tangkap layar video Inzaghi menarik baju salah seorang staf Inter Milan.

Namun kini penyokong Inter Milan mula tidak berminat untuk melihat pemain itu kekal di San Siro pada musim depan.

Penyokong Inter Milan merasakan pemain berusia 30 tahun itu mempunyai penyudah yang tajam, namun jangkaan meleset selepas dia terlepas beberapa peluang sekali gus menamatkan harapan Nerazzurri untuk memenangi gelaran keempat UCL mereka.

Kemenangan City bermakna mereka kini menyamai pencapaian musuh ketat, Manchester United yang memenangi tiga trofi utama dalam satu musim pada musim 1998/99. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram