Baru saja sertai kelab Jepun, Jordan Mintah ucap 'good luck' kepada bekas bintang EPL


  • Podium
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Mintah musim ini bersama Terengganu FC berjaya jaringkan lima gol dalam 10 perlawanan. — Facebook/TFC

KELAB gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale berjaya mendapatkan penyerang veteran dari Perancis yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Bafetimbi Gomis bagi memantapkan jentera serangan pasukan.

Pemain berusia 38 tahun itu melengkapkan perpindahan selama dua musim dari Galatasaray yang menyaksikan dia akan memperkuat cabaran pasukan dalam saingan Liga Jepun.

Gomis tidak mendapat kontrak lanjutan bersama Galatasaray selepas membuat 28 penampilan sepanjang musim dan menjaringkan 10 gol dan dua assist dalam semua kejohanan.

Ini kerana, pengurus pasukan, Okan Buruk lebih gemar menggunakan Mauro Icardi di posisi serangan yang mana pemain itu muncul sebagai penjaring ketiga terbanyak liga dengan 22 gol.

Gomis dilihat calon paling ideal untuk menyelesaikan krisis serangan pasukan dengan memiliki rekod jaringan yang agak baik bersama kelab terdahulu.

Pemain berusia 38 tahun itu pernah beraksi bersama beberapa kelab besar di Eropah seperti Saint-Etienne, Lyon, Swansea City dan Marseille.

Gomis

Jordan mengucapkan selamat berjaya kepada Gomis.

Tetapi apa yang menarik perhatian ialah Gomis menerusi Insta Story membalas ucapan yang dibuat pemain import Terengganu FC, Jordan Mintah dalam Instagram.

Mintah yang mendapat berita perpindahan Gomis ke Kawasaki Frontale itu mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Perancis tersebut.

Ia sesuatu yang menarik kerana sebelum ini Gomis dan Mintah tidak pernah beraksi bersama namun mereka dilihat mengenali antara satu sama lain.

Untuk rekod, Mintah, 27, berjaya menjaringkan lima gol dalam 10 perlawanan bersama Terengganu FC musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram