‘Memang ditakdirkan sama’, stail terkini Seo Seo-nung mirip bintang EPL


  • Podium
  • Rabu, 09 Ogos 2023

Seon-ung sudah mula turun berlatih bersama Perak dengan memakai peralatan perlindungan muka. — Facebook/Perak FC

PERLAWANAN Piala Malaysia 2023 diantara Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi bualan ramai selepas Rodney Calvin dilayangkan kad merah susulan tindakanya ke atas import Perak FC, Seo Seon-ung pada Khamis.

Rodney bertindak menendang muka pemain import kelahiran Korea Selatan itu sehingga mengalami kecederaan patah hidung.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi kecederaan dialami Seon-ung memerlukan pemain itu berehat bagi satu tempoh yang agak panjang.

Kecederaan yang dialami Seon-ung memaksanya untuk memakai peralatan perlindungan muka jika dia dibenarkan untuk turun beraksi bersama pasukan.

Seo-unung

Seon-ung dilihat sudah mula turun berlatih bersama rakan pasukan lain. Facebook/Perak FC

Namun pada Selasa, pihak pengurusan Perak FC telah memuat naik gambar latihan The Bos Gaurus yang turut disertai Seon-ung yang memakai peralatan perlindungan muka.

Dengan Seon-ung sudah kembali menyertai latihan Perak, rata-rata penyokong turut menzahirkan perasaan gembira kepulangan import itu ke dalam pasukan.

Pemain muda kelahiran Korea Selatan itu antara tonggak utama Yusri Che Lah dalam merencanakan serangan pasukan Perak ketika menewaskan Hijau Kuning.

Son Heung-min

Son Heung-min turut pernah memakai pelindung muka selepas mengalami kecederaan. Agensi

Seon-ung yang memakai peralatan perlindungan muka itu mendapat pujian penyokong Perak yang menyamakan dia sama seperti bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min.

"Memang ditakdirkan nasib kamu macam Son Heung-min," kata Adha Shuhaimy.

"Bertambah kacak pakai mask, selepas ini mesti dia pakai terus," ujar Fiqri Haris.

"Malam ini (Rabu) Son Heung-min ada Mac Allister pun ada memang terbaik," jelas Labon Bola.

Perak akan melayani kunjungan Penang FC bagi aksi saingan Liga Super yang ke-19 di Stadium Perak, Ipoh pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram