Ramalan aksi tumpuan 3 perlawanan Liga Super minggu ke-19


  • Podium
  • Selasa, 08 Ogos 2023

Barisan pemain KDA FC ketika sesi latihan menjelang aksi bertemu Sri Pahang FC. — KDA FC

MINGGU ke-19 Liga Super 2023 pada Selasa bakal menyaksikan pertembungan membabitkan enam buah pasukan.

Antara yang menjadi tumpuan pastinya aksi membabitkan dua kelab yang berada di kedudukan empat teratas liga dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berada di kedudukan ketiga liga akan menerima kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, satu lagi perlawanan menarik pula akan menyaksikan pertembungan Lembah Klang Derby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor antara Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC.

Bagi aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, pasukan di tangga ketujuh liga Terengganu FC bakal menentang kelab di tangga kedua tercorot liga Kelantan United FC.

Berikut merupakan ramalan daripada tiga wartawan sukan Majoriti iaitu Rahmi Jumriati Jono, Zikry Marzuki, dan Frezella Amil:

1. KDA FC vs Sri Pahang FC

366204632_659020719593296_1704521393879664073_n

Kpah Sherman (dua dari kanan) ketika sesi latihan bersama pasukan. — Sri Pahang FC

Rahmi - Sri Pahang mampu cipta kejutan

Pengajaran pada aksi tewas di tangan Perak mungkin sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Kedah untuk memberi aksi cemerlang ketika perlawanan menentang Pahang. Namun, harus diakui Sri Pahang FC sering kali membuat kejutan ketika bertemu pasukan di tangga teratas liga.

Untuk aksi pada Selasa ini, dengan kekuatan dan prestasi semasa kedua-dua pasukan yang mana kini masing-masing mengumpul 37 mata, keputusan seri 2-2 mungkin akan berlaku.

Zikry - Kekalahan mengejut jejas moral KDA FC

Kemenangan 2-0 dijangka berpihak kepada Sri Pahang FC. Dua tonggak diramal memusnahkan kubu skuad Sang Kenari ialah Kpah Sherman dan Stefano Brundo.

Pada saya, mereka ada lebih peluang untuk menang sebab KDA FC masih terkejut dengan kekalahan kepada Perak FC 3-1 di saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini sekali gus menjejaskan rentak pasukan.

Frezella - Kualiti setara kedua-dua pasukan

Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini dijangka berlangsung seimbang dengan perlawanan mungkin berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Sri Pahang FC dan KDA FC masing-masing mempunyai kualiti pemain yang agak setara untuk membolehkan persaingan lebih sengit pada aksi kali ini.

2. Selangor FC vs KL City FC

365598291_764829232315474_6218466415497791753_n

Selangor FC dijangka keluar sebagai pemenang dalam aksi Lembah Klang Derby kali ini. — Selangor FC

Rahmi - Aksi di laman sendiri beri kelebihan buat Selangor FC

Meskipun perbezaan sembilan mata tidak boleh menjadi penanda aras perlawanan kali ini, namun Gergasi Merah yang kini memungut 40 mata dijangka akan mencatat kemenangan 2-1 ke atas KL City FC.

Beraksi di laman sendiri pasti memberi kelebihan kepada skuad Tan Cheng Hoe dengan jaringan gol berkemungkinan akan dicetak Ayron De Valle yang kini menjadi penjaring terbanyak Selangor hasil 15 gol dipungut dalam Liga Super musim ini.

Zikry - KL City FC perlu masa sesuaikan diri dengan jurulatih baharu

Kemenangan 2-1 dijangka berpihak kepada Selangor dengan mengambil kira KL City masih menyesuaikan diri dengan jurulatih baharu Nenad Bacina. Walaupun tanpa Faisal Halim, ketempangan di bahagian itu seperti sebelum ini Cheng Hoe akan beri minit permainan kepada Aliff Haiqal atau Mukhairi Ajmal.

Dua jaringan daripada Selangor dijangka terhasil daripada penyerang utamanya iaitu Ayron. KL City pula mungkin mendapat satu gol sagu hati daripada Romel Morales.

Frezella - Paulo Josue bakal jadi kunci kecewakan Selangor FC

Meskipun berada di kedudukan yang agak ketinggalan berbanding Selangor FC, KL City FC merupakan antara pasukan sentiasa mempunyai potensi untuk mengecewakan mana-mana pasukan. Tambahan pula Selangor FC kini kehilangan tonggak utamanya, Faisal Halim.

Disebabkan itu, saya menjangkakan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan pemain tengah KL City FC, Paulo Josue bakal menjadi duri dalam daging kepada Gergasi Merah.

3. Kelantan United FC vs Terengganu FC

365547677_271950438879731_1913870812438312913_n

Terengganu FC memiliki barisan pemain yang lebih berkualiti berbanding Kelantan United FC. — Terengganu FC

Rahmi - Ivan Mamut dijangka tunjuk taring

Dengan momentum kemenangan yang pada kem Sang Penyu, TFC diramalkan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Kijang Hijau.

Ivan Mamut yang kelihatan semakin bernafsu untuk mencetak jaringan gol berkemungkinan akan mencetak lagi jaringan pada Selasa bersama dengan gandingannya di bahagian sayap, Sony Norde.

Zikry - Terengganu miliki banyak pilihan di di jentera serangan

Walau tak konsisten dalam liga, tapi kita tahu Terengganu FC ada pilihan yang baik di jentera serangan berbanding Kelantan United FC. Tambahan pula mereka berada dalam prestasi terbaik apabila menang dalam dua perlawanan terakhir masing-masing ketika aksi Piala Malaysia dan Liga Super 2023.

Kemenangan selesa 3-0 dijangka berpihak kepada skuad Sang Penyu dengan jaringan disumbangkan Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut sementara mungkin Nurillo Tukhtasinov mungkin bakal memecahkan kebuntuan dengan meraih gol sulungnya sejak menyarung jersi Terengganu FC.

Frezella - Perbezaan kualiti yang ketara

Terengganu FC dijangka menang mudah 4-1 meskipun beraksi di gelanggang lawan dengan barisan pemain berkualiti yang dimiliknya berbanding Kelantan United FC.

Namun, Kelantan United FC diramal mampu membawa pulang satu gol sagu hati untuk peminatnya yang hadir memberikan sokongan di Kota Bharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

.