Hanya seorang pemain layak ganti gelaran Rodney untuk 'command' Sang Kenari


  • Podium
  • Ahad, 06 Ogos 2023

Sebahagian aksi perlawanan antara Kedah berdepan Perak FC dalam saingan Piala Malaysia 2023. —Instagram/Kedahfc

PERAK FC mengejutkan kancah bola sepak tanah air selepas berjaya mencipta kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 3-1 dalam pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada Khamis.

Meskipun skuad Sang Kenari membuka tirai jaringan menerusi tandukan cantik ketua pasukan, Manuel Ott seawal minit pertama namun Perak FC tidak berputus asa dengan keputusan tersebut.

Perak FC akhirnya bangkit menewaskan penjaga gawang KDA FC pada babak kedua perlawanan menerusi sepakan penalti, Luciano Guaycochea, jaringan peribadi, Luka Milunovic dan gol kemenangan Hakimi Mat Isa.

Keputusan yang tidak memihak kepada Sang Kenari itu disebabkan oleh kekurangan pemain akibat layangan kad merah kepada Rodney Celvin.

WhatsApp Image 2023-08-04 at 18.15.12

Tangkap layar video memaparkan insiden tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, Rodney secara spontan menendang muka Seo Seon-ung pada separuh masa kedua ketika Kedah Darul Aman (KDA) FC ketinggalan 2-1 yang mana pemain itu memberi reaksi selepas dikasari oleh pemain dari Korea Selatan itu.

Pasukan Kedah FC terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pertahanan mereka, Rodney diarah keluar dari padang oleh pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal selepas mengasari Seon-ung.

Rodney yang merupakan tonggak utama dalam barisan pertahanan Kedah serta merupakan bek berpengaruh bagi benteng pertahanan bagi skuad tersebut terpaksa berputih mata kerana tidak akan beraksi selama dua perlawanan seterusnya.

WhatsApp Image 2023-08-05 at 23.42.04

Pemain pertahanan Sang Kenari, Bojan Ciger. — Instagram/Kedahfc

Walaupun Kedah dikemudi kapten, Manuel Ott, tetapi peranan Rodney dalam menggerakkan rakan-rakan di dalam padang amat penting.

Ketiadaan bek kental Skuad Kenari itu dijangka memberi kesan kepada pasukan itu namun peranan 'commanding defend' tersebut mungkin diisi bek kental, Bojan Ciger.

Pemain yang berketinggian 1.86 meter itu dijangka mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan untuk dua perlawanan selanjutnya seandainya Nafuzi Zain sedia melepaskan peranan itu daripada Ott.

Ini kerana, bekas pemain kelab Navbahor Namangan, Liga Utama Uzbekistan itu menjadi pilihan utama pengendali Nafuzi Zain dan sudah tampil dalam kesemua perlawanan Liga Super setakat ini.

Bukan sahaja disifatkan sebagai import paling berbaloi tetapi Ciger juga tampil cemerlang melaksanakan tugasnya dalam menjaga kubu pasukan, malah pemain berusia 28 tahun itu juga dilihat mempunyai ciri-ciri untuk menjadi ketua pasukan.

Perkara tersebut dilaungkan seorang peminat setia Hijau Kuning, Don K-Rul Izham yang bersetuju bahawa Bojan layak sebagai ketua pasukan.

Ini kerana, ketika melakukan perangkap offside yang tak jadi kerana kealpaan rakan sepasukan, Bojan sudah bersedia untuk melakukan larian sambil mengangkat tangan sebagai isyarat kepada pengadil perlawanan, ia merupakan satu teknik yang cukup baik, terutamanya buat seorang pemain pertahanan.

Selain itu, Bojan sangat vokal dan menunjukkan sifat kepimpinan yang cukup baik kerana dia akan memberi arahan kepada rakan sepasukan meskipun bukanlah seorang kapten.

Tidak lupa juga, dia pernah 'ajar' Fayadh Zulkifli yang mana dia diganggu secara mental selepas diterjah pemain lawan, namun Bojan pantas mengingatkan Fayadh supaya lebih bertenang dan cuba mendapatkan jaringan.

Kesemua ciri-ciri yang dikenal pasti itu tentunya memberi gambaran bahawa pemain tinggi lampai itu sesuai untuk diberi kepercayaan memakai lilitan kapten.

Bojan dibawa masuk ketika jendela perpindahan lalu dari kelab Uzbekistan, PFC Navbahor Namangan bagi menggantikan bekas kapten pasukan, Marc Vales. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram