Setanding bintang Vietnam, keeper JDT antara terbaik di Asia


  • Podium
  • Sabtu, 05 Ogos 2023

Penjaga gol terbaik Harimau Selatan, Syihan Hazmi. —Instagram/syihanhazmi

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) kini semakin gah di persada Liga Super 2023 selepas mengungguli tangga pertama liga apabila meraih kemenangan berturut-turut sepanjang 18 perlawanan berlangsung musim ini.

Pastinya, tidak dinafikan bahawa pasukan Harimau Selatan memiliki hampir keseluruhan barisan pemain yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing di atas padang.

Bukan sahaja barisan pemain import yang menyerlah namun pemain tempatan turut menjadi tonggak utama skuad JDT dalam menghadapi perlawanan di Liga Malaysia (Liga-M).

WhatsApp Image 2023-08-05 at 19.39.01 (1)

Penjaga gawang Harimau Selatan, Syihan Hazmi. — Instagram/syihanhazmi

Nama penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjadi sebutan selepas aksinya bersama pasukan Harimau Selatan itu sering mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air.

Persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh Syihan itu turut menerima pujian daripada penyokong memandangkan dia antara penjaga gol terbaik di Liga-M.

Bekas penjaga gawang Negeri Sembilan FC (NSFC) itu juga merupakan contoh terbaik dalam kalangan keeper di Malaysia selepas merekodkan hanya bolos sebanyak tiga kali dalam aksi pentas domestik.

Selain itu, pemain kelahiran Kelantan itu turut mencatatkan 15 cleansheets dalam 18 perlawanan Liga-M.

Bukan sahaja cemerlang beraksi dalam Liga-M, Syihan turut mendapat panggilan ke skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan dan mencatatkan lima cleansheets.

Tentunya, rekod tersebut sukar dipecahkan oleh mana-mana penjaga gol tempatan.

Dalam pada itu, Syihan juga dilabel setanding dengan bintang Vietnam, Dang Van Lam yang juga cemerlang bersama pasukannya.

Penjaga gawang utama Vietnam itu menampilkan aksi luar biasa selepas mencatat sebanyak empat cleansheet dalam perlawanan persahabatan terkini.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang mengaitkan prestasi Syihan setaraf bintang Vietnam berikutan menunjukkan statistik luar biasa dan terbaik di Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram