Yoodo RG sasar tempat ke-2 terbaik MPL MY Musim 12, rekrut trio terbaik dari Filipina


  • eSports
  • Sabtu, 05 Ogos 2023

Barisan pemain-pemain YRG menjelang kejohanan MPL MY Musim 12. — Instagram

YOODO Red Giants (YRG) menyasarkan tempat kedua terbaik dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia Musim 12 (MPL MY Musim 12) yang akan bermula pada 18 Ogos nanti.

Ketua e-Sukan Yoodo Red Giants, Simon Lim berkata, tempat kedua terbaik adalah sasaran mereka menjelang MPL MY musim 12 dan akan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam setiap kejohanan.

"Sasaran kami adalah tempat kedua terbaik untuk MPL dan layak ke Kejuaraan Dunia iaitu M5.

"YRG akan mempertaruhkan 'line-up' terkuat di sepanjang kejohanan MPL MY musim 12 demi memastikan matlamat kami tercapai," katanya pada Majoriti.

YRG melantik Arcadia sebagai ketua jurulatih bagi menghadapi MPL MY Musim 12.

Simon berkata, YRG telah melakukan persediaan yang rapi semasa pramusim selepas membawa masuk dua pemain baharu dan jurulatih berkelas dunia.

"Pramusim ini saya membawa masuk jurulatih berkelas dunia, Arcadia daripada Filipina yang mana sebelum ini dia melatih pasukan Echo Filipina dan RRQ Indonesia.

"Atas permintaan barisan jurulatih YRG, saya turut membawa masuk dua pemain import dari Filipina yang akan beraksi di posisi 'roamer' dan 'goldlaner'.

"Dengan adanya dua import untuk kedua posisi tersebut, ia dapat meningkatkan macro dan rotasi yang lebih lancar," jelasnya.

YRG menjalani pramusim di Indonesia dengan menyertai kejohanan Snapdragon Pro Series yang mana mereka menamatkan pertandingan di tempat kelima.

"Kami ada kejohanan pramusim yang baik di mana kita satu-satunya pasukan Malaysia 'qualified' ke play-offs di Jakarta dua minggu lalu.

"Dalam play-offs di Jakarta kita timba banyak pengalaman bermain dengan 'top team' dalam dunia dan kita berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan itu.

WhatsApp Image 2023-08-05 at 11.46.59 AM

YRG membawa masuk dua pemain daripada Filipina.

Simon turut berpuas hati dengan prestasi YRG semasa tempoh pramusim dan barisan kejurulatihan juga kagum dengan kerjasama pemain-pemain lain.

"Saya sangat berpuas hati kerana pemain-pemain baru berlatih bersama selama dua minggu menjelang kejohanan tersebut.

"Saya sendiri terkejut dengan 'chemistry' yang cukup baik di antara pemain tempatan dan import.

"Prestasi semasa pasukan adalah sangat baik dengan berbekalkan keputusan yang dicapai di Jakarta, pemain-pemain lebih yakin dan bersemangat.

"Setakat ini tiada perancangan untuk membawa masuk pemain baharu kerana barisan kejurulatihan sangat berpuas hati dengan pemain sedia ada," jelasnya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram