JOHOR Darul Takzim (JDT) membuka tirai kempen Piala Malaysia dengan kemenangan bergaya selepas membenam Kelantan FC pada perlawanan pusingan 16 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Kelompongan dan kepincangan Kelantan dapat diterjemahkan selepas skuad Harimau Selatan menang bergaya dengan keputusan 5-0.
Juara Piala FA 2023 itu memberi amaran seawal minit ketujuh apabila tonggak utama, Bergson da Silva membuka tirai jaringan untuk menjadi pendahulu perlawanan.
Import JDT, Heberty cetak dua gol dalam dua penampilan Liga Malaysia. — Facebook/JDT
Tidak menunggu lama, pemain import baharu JDT, Heberty Fernandes terus menjaringkan dua gol buat pasukan JDT iaitu pada minit ke-15 dan 24.
JDT terus menjarakkan jurang dengan jaringan keempat daripada Shahrul Saad pada minit ke-50 yang dilihat pasukan tuan rumah sudah jauh ketinggalan.
Meskipun sah membawa pulang tiga mata penuh di laman pihak lawan, anak-anak buah kendalian Esteban Solari dilihat menginginkan lebih banyak jaringan dan berakhir dengan gol kemenangan oleh Nazmi Faiz pada minit ke-67.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah hanya mampu berpuas hati dengan jaringan sagu hati dari pemain gantian, Khala'if Naskam pada minit ke-84.
Dalam pada itu, rata-rata penyokong memuji aksi persembahan yang ditampilkan oleh pemain import baharu Harimau Selatan itu.
"Mantap Heberty, baru dua game sudah tunjuk persembahan yang baik, boleh tambah gol lagi," kata Isz Duncan.
"Nampak simple gol tapi Heberty ini bijak cari ruang untuk score gol," kata Nuan Shaari.
"Heberty ini bijak cari tempat untuk membuat percubaan dan confirm akan gol," kata Nazmi Aziz.
Selepas ini, Harimau Selatan akan berkunjung ke Sabah dalam saingan Liga Super 2023 (9 Ogos) sebelum aksi timbal balik Piala Malaysia berdepan Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 19 Ogos depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram