BERADA pada kedudukan ketiga Liga Super, pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC antara pasukan yang digeruni dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Seperti pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) yang memiliki permata baharu iaitu penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang mencipta tiga cleansheet dalam 18 perlawanan liga, KDA FC turut memiliki tiga penjaga gol yang terbaik iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Ifwat Akmal dan Fikri Che Soh.
Penjaga gol ketiga Kedah, Fikri Che Soh. — Facebook/KDAFC
Bukan sahaja menjaga gawang dengan baik namun penjaga gol tersebut turut membantu mengukuhkan benteng pertahanan memandangkan Kedah hanya dibolos 21 gol selepas 18 perlawanan.
Namun, sejak kebelakangan ni Kalamullah dilihat semakin mudah dibolosi dengan kesilapan ketika aksi Piala Malaysia buktinya skuad Sang Kenari ditewaskan oleh Perak FC pada Khamis.
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa Ifwat sepatutnya diturunkan kerana lebih berpengalaman, dia difahamkan masih belum cergas sepenuhnya.
Oleh itu, terdapat penyokong memberikan pandangan agar memberi peluang kepada pilihan ketiga, Fikri Che Soh.
Selepas tiba dari Kelantan United pada jendela perpindahan pertama, dia tidak pernah beraksi secara kompetetif.
Perkara itu mengakibatkan tanda tanya mula bangkit mengenai keputusan pihak pengurusan membawa pemain berusia 25 tahun itu.
Bagi Don K-Rul izham, Fikri merupakan seorang penjaga gol yang berpengalaman kerana ketika berusia 22 tahun dia pernah mewakili Kelantan FC dan beraksi hanya 11 perlawanan selepas Liga 2020 dihentikan awal berikutan pandemik Covid-19.
Bukan sahaja di Kelantan FC, Fikri juga pernah beraksi bersama Kelantan United selama dua musim dan mencatatkan tujuh cleansheet musim 2021 sepanjang 41 penampilan dan pada 2022 merekodkan lima cleansheet.
Selain itu, Fikri juga merupakan seorang penjaga gol yang mempunyai masa depan yang baik dan berpotensi besar.
Bagaimanapun, rata-rata penyokong memberikan pendapat agar pemain kelahiran Kelantan itu diturunkan pada aksi perlawanan seterusnya.
"Keeper nombor 1 dan 2 sekarang nampak kurang mantap, tak salah bagi peluang kepada penjaga gol ketiga," kata Syaiful Khairy Mahadzir.
"Bagilah peluang keeper ketiga itu beraksi, dua penjaga gol sekarang kurang baik," kata Hafiz Aziz.
"Saya sudah banyak kali komen dekat page KDA FC,bagi lah peluang dekat member itu, langsung tiada minit, kalau tak bagi peluang, macam mana nak tunjuk kelebihan," kata Mohd Shahrul Ab Razak.
Selepas ini, Kedah kembali berdepan Perak FC dalam aksi timbal balik kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada 18 Ogos. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram