FERNANDO Forestieri berkemungkinan tidak dapat beraksi baki saingan Liga Super selepas pemain berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan berpunca daripada terjahan daripada pemain Kuala Lumpur City FC (KL City), Akram Mahinan dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.
Kecederaan Forestieri itu mungkin menyebabkan dia terpaksa melupakan anugerah kasut emas Liga Super 2023 jikalau Ayron del Valle berjaya menjaringkan lebih tiga gol dalam baki saingan liga.
Forestieri kini sudah menjaringkan 17 gol dalam 19 perlawanan, manakala Ayron membuktikan dirinya sebagai bekas penjaring terbanyak Liga Colombia apabila meledak 15 gol.
Manakala Bergson da Silva (11 gol), Kpah Sherman (10 gol) dan Abu Kamara sembilan gol turut berada dalam senarai lima penjaring terbanyak Liga Super.
Namun adakah anda tahu sejarah persaingan perebutan kasut emas Liga Super lima tahun kebelakangan ini sangat menarik apabila Johor Darul Takzim (JDT) hanya menang sekali.
Manakala Selangor mendominasi untuk tiga musim manakala PKNS menerusi Kpah turut tersenarai sebagai 'top goalscorer' Liga Super pada 2019.
Majoriti senaraikan empat penjaring terbanyak Liga Super sejak 2018 sehingga 2022 yang mana didominasi oleh Gergasi Merah:
Rufino terkenal dengan gaya 'machine gun'.
1. Rufino Segovia (Liga Super 2018)
Penyokong Selangor pastinya cukup mengenali susuk tubuh yang suka membuat gaya 'machine gun' sebaik sahaja dia meraikan gol untuk Selangor.
Rufino Segovia menyertai Selangor pada 2020 dan tidak menunggu masa yang lama untuk menambat hati penyokong Gergasi Merah.
Bersama Selangor, penyerang berusia 38 tahun itu menjaringkan 18 gol serta empat assist dalam 34 perlawanan Liga Malaysia (Liga M).
Penyerang kelahiran Sepanyol itu berpisah dengan Selangor selepas kontraknya tidak disambung kerana mengalami kecederaan yang menghalang dia untuk kembali beraksi seperti dahulu.
Musim pertama Kpah sudah berjaya merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Super.
2. Kpah Sherman (Liga Super 2019)
Antara penyerang prolifik dalam Liga M, Kpah Sherman pernah merangkul anugerah penjaring terbanyak Liga Super 2019 bersama PKNS FC.
Musim pertama dalam Liga Malaysia, Kpah membuktikan dia seorang penyerang yang sangat berkualiti apabila menjaringkan 14 gol dalam 19 penampilan.
Sejak daripada itu Kpah sudah hampir lima tahun beraksi dalam negara ini dengan mewakili Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC dan Sri Pahang FC.
Musim ini, Kpah antara watak utama Tok Gajah apabila berjaya menjaringkan 10 gol dalam 18 perlawanan setakat ini.
Ifedayo menjaringkan 50 gol bersama Selangor FC.
3. Ifedayo Olusegun (Liga Super 2020,2021)
Mula beraksi dalam Liga M bersama Felda United, Ifedayo Olusegun berjaya melakukan lapan penampilan dengan lima jaringan serta dua assist pada 2017.
Kembali ke Liga M, Ifedayo cemerlang bersama Selangor apabila menyambung legasi penjaring terbanyak Liga Super yang ditinggalkan Rufino Segovia.
Ifedayo berjaya merangkul serta mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021.
Bersama Selangor, Ifedayo menjaringkan 50 gol serta tujuh assist dalam 43 penampilan bersama Gergasi Merah.
Musim ini, Ifedayo melakukan 'come back' dengan menyertai Kedah pada jendela perpindahan kedua Liga Super.
Bergson menjaringkan 29 gol pada musim lalu.
4. Bergson da Silva (Liga Super 2022)
Bergson da Silva berjaya mencipta rekod baharu Liga Super apabila menjadi penjaring terbanyak dalam satu musim di negara ini.
Bergson menjaringkan 29 gol yang mana memecahkan rekod terdahulu yang dipegang Ifedayo (26 gol) satu musim.
Musim ini Forestieri antara calon utama dari JDT untuk merangkul gelaran tersebut sebelum mengalami kecederaan.
Pemain berusia 32 tahun itu, musim ini menjaringkan 11 gol dalam 14 penampilan Liga Super.
Bergson perlu menjaringkan enam gol untuk menyamai rekod semasa Forestieri yang mendahului senarai tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram