KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) tercengang apabila tewas mengejut ke atas tangan pasukan tuan rumah, Perak FC dengan keputusan 1-3 dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia 2023.
Sang Kenari terlebih dahulu melakukan kejutan ke atas pasukan tuan rumah seawal 0.32 saat permainan menerusi tandukan Manuel Ott.
Selepas jaringan itu, Kedah sekali lagi cuba mengasak kubu pertahanan Perak yang diketuai oleh pemain import Filipina, Jesper Nyholm namun gagal untuk ditembusi.
Perak dilihat kembali mengatur pergerakan mereka dan permainan kembali seimbang dengan kedua-dua saling balas membalas serangan.
Sebelum tamat separuh masa pertama, kapten The Bos Gaurus, Luciano Guaycochea melakukan rembatan jauh yang terkena palang gol Kedah.
Ott (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
Bersambung babak kedua, Perak tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Guaycochea selepas bola terkena tangan Bojan Ciger (Kedah) dalam kotak penalti.
Pada minit ke-55 Luka Milunovic menambah derita penyokong Kedah selepas tenang menyempurnakan hantaran Firdaus Saiyadi yang mana menyebabkan anak-anak buah Nafuzi Zain dalam tekanan.
Lima minit kemudian Rodney Calvin dilayangkan kad merah selepas menyepak muka pemain import Korea, Seo Seonung.
Sebelum tamat perlawanan The Bos Gaurus menoktahkan perlawanan dengan kemenangan apabila Hakimi Mat Isa menjaringkan gol menerusi serangan balas yang gagal dihalang oleh Ciger.
Keputusan kekal 3-1 yang mana Perak berjaya melakukan kejutan ke atas gergasi utara tanah air dalam perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia.
Hakimi (kanan) menjaringkan gol ketiga Perak FC. — Facebook/Perak FC
Penyokong Kedah ternyata berang dengan corak permainan Sang Kenari dan menyasarkan Rodney selepas melakukan kekasaran yang merugikan pasukan.
"Piala FA bungkus awal, Piala Malaysia pun nampak macam nak bungkus awal," kata Nasir Bro.
"Pertahanan kesayangan penyokong Kedah itu, hebat dekat mana pun aku tak tahu Rodney ini," jelas Paan Putra Lang.
"Memang bagus Rodney ini memang membantu pasukan lawan," ujar Mohd Zaha Zainuddin.
"Betul-betul koyak sampai tendang muka Rodney ini," luah Safuan Roslan.
Kedah bakal melayani kunjungan Perak di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 18 Ogos nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram