TMJ sahkan Leandro kekal, fans berteka-teki bakal naturalisasi baharu HM musim depan?


  • Podium
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Leandro antara tonggak utama JDT ketika ini. — Facebook/JDT

PENYOKONG Harimau Selatan boleh menarik nafas lega apabila pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegaskan bahawa arkitek tengah, Leandro Velazquez akan kekal bersama JDT.

Kenyataan dari TMJ itu hadir selepas khabar angin mengatakan perancang tengah Harimau Selatan itu akan meninggalkan JDT selepas kontrak pemain import dari Argentina itu akan tamat pada 2 Ogos 2023.

Oleh itu, tidak hairanlah jika khabar angin Leandro akan meninggalkan Harimau Selatan akan terjadi selepas lima tahun bersama JDT menjulang kejuaraan di peringkat domestik dan Asia.

No, still JDT,” ujar Tungku Ismail dalam ruangan komen sebuah portal sukan.

Leandro yang sah kekal bersama JDT bakal berehat panjang selepas dia dipercayai mengalami kecederaan ketika menentang Selangor FC baru-baru ini.

Transfermarkt

Status semasa Leandro dalam Transfermarkt.

Walaupun cedera, TMJ masih berminat untuk mengekalkan Leandro sehingga menimbulkan tanda tanya orang.

Menurut ciapan Onefootball.my di Twittter, mereka berasakan Leandro akan menjadi pemain naturalisasi pada musim hadapan selepas lima tahun beraksi di negara ini.

"Dengan kehadiran Kunimoto di JDT dan TMJ mengatakan Leandro masih bersama JDT walaupun di sumber Transfermarkt mengatakan dia adalah free agent.

"Adakah Leandro akan menjadi pemain naturalisasi pada musim hadapan? Kalau benar, bawa dia ke Harimau Malaya!," katanya.

Namun begitu, tidak semua penyokong bersetuju jika Leandro dinaturalisasikan yang mana mereka mengatakan hanya akan beri kelebihan pada satu pasukan sahaja.

"Dah tak perlu naturalisasi ramai-ramai dalam Harimau Malaya, hanya beri faedah lebih pada pasukan sahaja berbanding negara," kata @Hahahazik.

"Kalau setakat 'short term' tak perlu murah sangat nilai jadi warganegara kita ini," jelas @MrClouseau.

"Sudah-sudahlah dengan naturalisasi, pemain tempatan tak ada kaki ke?," ujar @Ahmdkmsn.

Musim ini, Leandro berjaya pun menjaringkan lima gol dan melakukan tujuh bantuan gol sekali gus menyaksikan JDT kekal di puncak Liga Super dengan rekod tanpa kalah setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram