Bukan protes Faisal Halim, misteri kelibat 4 entiti seram match Selangor-PDRM akhirnya terungkai


  • Podium
  • Jumaat, 04 Ogos 2023

Empat individu berpakaian seram ketika menyaksikan perlawanan Selangor menentang PDRM di Stadium MBPJ pada Khamis.

EMPAT ‘entiti hitam’ yang berada di Stadium MBPJ, Selangor pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC, pada Khamis ternyata mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Empat individu yang memakai pakaian serba hitam dengan menutup seluruh badan mengejutkan penyokong yang hadir, malah menganggap ia umpama ‘lembaga hitam’ yang sedang menonton perlawanan di stadium.

Tindakan individu-individu terbabit jelas unik dan jarang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Walaupun kemungkinan terdapat maksud tersirat di sebalik tindakan itu, rata-rata penyokong terhibur hingga ada yang menganggap kehadiran mereka umpama ‘lembaga hitam’ sehingga tular di media sosial.

Namun begitu, menerusi perkongsian laman Hot_Ice di Facebook tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku selepas ada yang mendakwa penyokong Selangor melakukan protes di atas penggantungan Faisal Halim selama empat bulan.

Pelbagai spekulasi di buat dalam media sosial dengan menyatakan empat entiti tersebut melambangkan tempoh penggantungan Faisal Halim yang dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

"Entiti di Stadium MBPJ pada perlawanan pertama (R16) Piala Malaysia merupakan pengiklanan film terbaharu ‘Rahsia’ daripada Astro Shaw yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2023," katanya.

362931451_852805279535287_8991031273221979580_n

Gambar yang dimuat naik oleh Hot_Ice. Facebook

Malah ada beberapa penyokong turut menyampaikan maklumat ia hanyalah promo yang dibuat pihak Astro kerana mereka merupakan media rasmi Liga Malaysia musim ini.

"Astro nak promote filem sahaja ini, guna kesempatan sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia," kata Asyraf Azizi.

"Jenis percaya pada teori konspirasi, biasalah sebab itu kamera fokus dekat empat orang ini," ujar Muhammad Alif.

"Terima kasih Astro, itu tandanya empat gol juga malam tadi (Khamis)," jelas Acit Tiger.

Selangor FC bermula dengan langkah kanan dalam kejohanan Piala Malaysia selepas bangkit dari ketinggalan menewaskan PDRM FC dengan keputusan 4-1 di Stadium MBPJ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram