Selepas duo Harimau Malaya, giliran 2 pemain JDT dipilih bintang import terbaik Liga Thailand


  • Sukan
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Pencapian terbaik Diogo ketika beraksi bersama Buriram United. — Agensi

DUO bintang import Johor Darul Takzim (JDT) kini mendapat pengiktirafan daripada Revo Thai League sebagai antara pemain import terbaik dari negara Amerika Latin selepas menyenaraikan pemain Harimau Malaya baru-baru ini.

Sebelum ini, Dion Cools dan Safawi Rasid antara bintang terbaik daripada negara ini tersenarai sebagai kesebelasan terbaik Asean dalam Liga Thailand.

Kini giliran dua import Harimau Selatan, Diogo Luis Santo dan Heberty Fernandes pula tersenarai dalam kesebelasan terbaik import Amerika Latin yang pernah beraksi di Liga Thailand.

Nama Diogo di Thailand tidak lagi asing selepas dia melakukan 191 penampilan bersama dua kelab berbeza sebelum ini iaitu Buriram United dan BG Pathum United.

Rekod jaringan Diogo di Thailand tidak boleh dipertikaikan apabila dia menjaringkan 142 gol serta 46 assists sepanjang beraksi bersama dua pasukan itu.

WhatsApp Image 2023-08-03 at 2.20.39 PM

Kesebelasan terbaik import dari Amerika Latin dalam Liga Thailand.

Manakala rekod peribadi Heberty bersama empat buah kelab Thailand lebih menarik untuk diperkatakan sepanjang sembilan tahun dia beraksi di negara itu.

Bersama Ratchaburi FC, Port FC, Muangthong United dan True Bangkok United dia berjaya menjaringkan 159 gol dan 51 assist dalam 249 penampilan.

Tidak mustahil, ia antara faktor dua pemain import JDT dipilih sebagai kesebelasan terbaik import Amerika Latin yang pernah beraksi di Liga Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram