Bayangan makin kelam, Safawi antara 3 bintang JDT boleh turun pangkat ke skuad feeder


  • Podium
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Sebelum kehadiran Arif, Safawi antara tonggak utama Harimau Selatan. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) memberikan bayangan awal bakal menjuarai Liga Super kali ke-10 lebih awal selepas pasukan dari selatan tanah air itu merekodkan tiada kekalahan dalam 18 perlawanan setakat ini.

Harimau Selatan hanya dibolosi sebanyak tiga jaringan dan berjaya meledak 66 gol dalam 18 perlawanan serta sudah menjuarai Piala FA 2023 baru-baru ini.

Fernando Forestieri musim ini antara watak penting JDT dalam mengekalkan kejuaraan Liga Super selepas dia merupakan penjaring terbanyak Harimau Selatan dengan 17 jaringan setakat ini.

Manakala Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu, Arif Aiman Hanapi antara individu yang mempunyai jumlah bantuan gol yang paling banyak di JDT iaitu 10 assists dalam 18 perlawanan.

Namun dalam kerancakan pemain-pemain JDT terus mempamerkan aksi positif, ada individu yang masih belum mampu membuktikan kualitinya bersama Harimau Selatan meskipun mempunyai nama besar dalam arena bola sepak Malaysia.

Malah ada penyokong mencadangkan bintang-bintang JDT yang tersisih diberi peluang untuk turun beraksi dalam Piala MFL bersama JDT II.

Majoriti senaraikan tiga bintang yang perlu diberi peluang beraksi bersama JDT II supaya terus kekal relevan musim ini:

Safawi

Safawi ketika sesi latihan bersama Harimau Selatan. Facebook/JDT

1. Safawi Rasid

Selepas kembali menyertai JDT pada Mei lalu, Safawi Rasid yang bermain di posisi sayap kanan masih belum membuat penampilan sebagai pemain kesebelasan utama skuad JDT.

Ini kerana pemain kelahiran Terengganu itu ketika ini dilihat sebagai pilihan kedua di belakang bintang muda negara, Arif Aiman yang kini sedang dalam prestasi terbaiknya pada musim dengan rekod 10 dan 12 bantuan gol.

Arif Aiman yang baru berusia 21 tahun juga dilihat menjadi tonggak utama JDT apabila diturunkan dalam 21 perlawanan daripada keseluruhan 22 aksi diharungi Harimau Selatan termasuk empat perlawanan Piala FA 2023.

Jika tidak mahu tercicir dari skuad kebangsaan, Safawi perlu mendapat minit permainan sekurang-kurang beraksi bersama JDT II dalam Piala MFL.

2052889

Nazmi pernah digelar sebagai wonderkid Malaysia. Facebook/JDT

2. Nazmi Faiz

Arkitek tengah yang disambar dari Selangor pada 2019 ini semakin sunyi daripada bibir penyokong lantaran peranannya banyak dipikul oleh Afiq Fazail ketika ini.

Namun itu tidak bermakna Nazmi tidak setajam dahulu kerana pemain ini sangat mahir melakukan jaringan di samping merencanakan gerakan pasukan itu dari kawasan tengah.

Untuk rekod, setakat 18 perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang diharungi skuad Harimau Selatan, dia yang berusia 28 tahun itu hanya berjaya membuat penampilan dalam dua perlawanan sebagai pemain gantian.

Dengan mendapat peluang beraksi dalam Piala MFL bersama JDT II, ia dirasakan mampu menghidupkan kembali nama Nazmi Faiz seperti dahulu.

2052887

Sumareh dikenali dengan kelajuan, kelincahan dan ketajaman di depan pintu gol. Facebook/JDT

3. Mohamadou Sumareh

Pemain naturalisasi kelahiran Gambia ini wajar diberi peluang untuk beraksi secara konsisten bersama JDT II dalam Piala MFL supaya prestasinya dapat dipulihkan semula.

Sebagai seorang pemain sayap, Sumareh pernah menjadi buah mulut penyokong tempatan kerana kelajuan, kelincahan dan ketajaman di depan pintu gol.

Musim ini dalam Liga Super, Sumareh hanya berjaya membuat dua penampilan bersama JDT dalam kejohanan Piala FA.

Jika Sumareh kerap diberi peluang beraksi bersama JDT II kemahiran dan ketangkasannya pasti boleh digilap semula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram