'Patut tak tahu', Youssef Ezzejjari 'deal last' minit dengan ejen pemain JDT sejam sebelum sertai The Jang


  • Podium
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Ezzejjari menandatangani dua pasukan sebelum jendela perpindahan Liga M ditutup pada Selasa.

PERPINDAHAN mengejut Youssef Ezzejjari ke Negeri Sembilan FC masih lagi menjadi bualan hangat penyokong bola sepak negara ini.

Ia berlaku selepas Kelantan FC terlebih dahulu mengumumkan sudah berjaya menandatangani Ezzejjari sehari sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup pada Selasa.

Namun tiada angin tiada ribut, Negeri Sembilan FC membuat kejutan dengan rasminya mengumumkan pemain berusia 30 tahun itu sah beraksi untuk skuad kendalian K. Devan beberapa jam sebelum jendela perpindahan ditutup.

Berita itu sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong tentang status sebenar Ezzejjari.

Sebelum ini seorang individu dipercayai ejen kepada Ezzejjari, Shekoo1989 dalam Instagram mengesahkan rundingan pemain kelahiran Sepanyol itu bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) bukan dalam pengetahuannya.

"Saya ingin membuat permohonan maaf kepada pihak pengurusan Kelantan dan penyokong untuk apa yang telah berlaku berkenaan penyerang saya.

"Dia telah menandatangani kontrak dengan Kelantan dua hari lalu (Ahad) dah hari ini (Selasa) dia bersama Negeri Sembilan.

Ezejjari

Pengumuman yang dibuat InsaProject Global Group pada Selasa. Instagram

Namun adakah anda tahu, sejam sebelum Ezzejjari diumumkan sebagai bintang import baharu NSFC, sebuah syarikat agensi pemain bola sepak yang dikenali sebagai InsaProject Global Group membuat pengumuman menyambut kedatangan bekas penjaring terbanyak Liga Indonesia itu.

Selepas sejam menyertai skuad InsaProject Global Group, The Jang terus mengumumkan ketibaan Ezzejjari bagi memperkuatkan pasukan NSFC bagi baki saingan liga dan Piala Malaysia 2023.

InsaProject Global Group diasaskan oleh bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) dan Sri Pahang FC iaitu Kiko Insa Bohigues selepas bekas pemain berusia 35 tahun itu memilih untuk menggantung but pada 2021.

Di bawah pentadbirannya, Kiko mempunyai lebih 37 pemain di bawah syarikatnya dan dia juga berperanan sebagai Koordinator Pencarian Bakat di JDT.

Kiko mempunyai lebih 37 pemain di bawah jagaannya. Facebook

Antara pemain JDT yang bernaung di bawah InsaProject Global Group ialah Shane Lowry, Mohamadou Sumareh, Bergson da Silva, Safawi Rasid, Jordi Amat, Natxo Insa, Juan Muniz, Oscar Arribas dan paling terbaharu Heberty Fernandes.

Selain beraksi dalam Malaysia, Kiko pernah mewakili beberapa kelab di Asia Tenggara seperti Arema Cronus, Bali United dan Bangkok Glass.

Pemain kelahiran Sepanyol-Malaysia itu juga pernah melakukan enam kaps bersama skuad kebangsaan yang mana dia beraksi bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia pada 2017.

Dia mempunyai enam kaps bersama skuad Harimau Malaya yang mana ketika beraksi bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia pada tahun 2017.

Menjadi persoalan adakah Ezzejjari secara peribadi memecat Shekoo1989 yang berurusan dengan Kelantan ataupun pemain berketinggian 1.85 meter tidak sefahaman dengan ejen tersebut lalu menyertai InsaProject Global Group. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram