PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pihaknya sudah menerima aduan daripada Selangor FC (SFC) berhubung isu penolong jurulatih pasukan itu yang dipukul ketika aksi separuh akhir Piala FA pada Jun lalu.
Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman yang memaklumkan badan induk itu menerima aduan daripada SFC pada 25 Julai lalu namun kes terbabit akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan selanjutnya.
"Kita terima aduan daripada Selangor pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih iaitu (Ramon) Marcote dipukul oleh individu lain.
"Beri masa jawatankuasa tatatertib untuk melakukan siasatan terperinci sebelum mengumumkan tindakan selanjutnya," katanya memetik Arena Metro.
Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu jurulatih pasukan Liga Super dipukul pada saingan Piala FA, Jun lalu.
Menurut sumber, penolong jurulatih itu dipercayai dipukul sebaik tamat perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak tanah air sebelum dileraikan pegawai pasukan yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, individu yang memukul penolong jurulatih terbabit adalah bekas pemain sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.
Susulan insiden itu, penolong jurulatih yang pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super itu sudah membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk tindakan susulan.
Difahamkan, individu yang memukul penolong jurulatih itu tidak lagi beraksi namun bergiat secara aktif dengan beberapa perkara membabitkan saingan bola sepak tempatan.
Dalam pada itu, identiti yang memukul Roman Marcote masih menjadi persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.
Difahamkan, individu yang memukul penolong jurulatih terbabit adalah bekas pemain sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.
Berikutan kejadian itu, penolong jurulatih yang pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super sudah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk tindakan susulan.
Mengikut rekod, difahamkan individu memukul penolong jurulatih itu kini tidak lagi beraksi untuk mana-mana pasukan di Liga Super namun aktif terbabit dengan beberapa perkara dalam saingan bola sepak tempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram