'Saya tidak setuju', Misbun Sidek perjelas isu penamatan kontrak dengan BAM


  • Podium
  • Isnin, 31 Jul 2023

Misbun (kiri) menafikan bersetuju dengan keputusan yang dibuat BAM.

KEMELUT Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek terjawab selepas bekas Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Akademi BAM itu menafikan beliau bersetuju untuk menamatkan kontrak dengan BAM.

Menurut laporan Astro Arena, Misbun menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dengan BAM yang mana sebelum ini badan induk itu menyatakan kedua-dua pihak bersetuju secara bersama untuk 'berpisah' berkuat kuasa 1 Ogos ini.

"Tujuan utama saya melakukan sidang media ini adalah untuk membetulkan kenyataan yang mana saya diberitahu bahawa saya bersetuju dengan keputusan yang diberikan.

"Padahalnya tidak, tidak diberitahu cuma saya hanya diberitahu dengan keputusan yang mereka (BAM) buat dan sebenarnya tak betul.

"Jadi saya nak betulkan kenyataan ini, yang mana sebenarnya saya tak setuju daripada keputusan itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram