PENYERANG berbisa pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan selepas gigih bertutur dalam bahasa Melayu ketika tamat perlawanan ke-18 Liga Super 2023.
Ucapan daripada Bergson da Silva itu disampaikan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Twitter, JOHORSouthernTigers.
Perlawanan ke-18 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu lalu menyaksikan pasukan Harimau Selatan menewaskan Selangor FC dengan keputusan 2-0.
Tangkap layar rakaman tersebut. — Twitter/JOHORSouthernTigers
"Assalamualaikum. Alhamdulillah..three points more..very difficult game but we keep it work. Thank you for support.
"Come on. Luaskan Kuasamu," katanya dalam rakaman tersebut.
Dalam ucapan tersebut, Bergson mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan JDT.
Ucapan daripada tonggak import JDT itu mendapat 67,000 tontonan.
Rata-rata penyokong tanah air mencadangkan agar pemain kelahiran Brazil itu mendapat status pemain naturalisasi dan kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).
"Naturalisasikan Bergson sekarang," kata @Juan Bapakaw.
"Main sampai bersara sajalah Bergson dekat sini, banyak sudah benda kau belajar," kata @AmirAshraf.
Untuk rekod, pemain berusia 32 tahun itu pernah memenangi dua gelaran Kasut Emas Liga Super berturut-turut sejak tiba pada 2021.
Tampil dengan cemerlang bersama Harimau Selatan, Bergson mencetak 11 jaringan dan empat assist dalam 14 perlawanan Liga Super musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram