PENYERANG legenda Manchester United, Andy Cole akui kecewa dengan ketumpulan jentera serangan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Aksi yang berlangsung di Stadium NRG, Texas, Amerika Syarikat menyaksikan skuad Los Blancos mencatatkan kemenangan hasil jaringan Jude Bellingham dan Joselu.
Keputusan tersebut membuktikan bahawa skuad The Red Devils masih bergelut untuk mendapatkan jaringan yang mana merupakan isu besar pasukan sejak musim lalu.
Berkata kepada United Focus, Cole yang beraksi bersama Manchester United dari 1995 sehingga 2001 melihat usaha untuk mendapatkan jaringan perlu dititikberatkan pengurus pasukan, Erik ten Hag.

Andy Cole merupakan salah seorang penyerang terbaik pernah dimiliki Man United. — Agensi
Bekas penyerang antarabangsa England itu melihat persembahan yang dipamerkan pemain, terutamanya Scott McTominay wajar diberi perhatian pihak kejurulatihan kelab.
"Sudah beberapa kali dia gagal melakukan rembatan tepat ke arah pintu gol walaupun bola berada di kakinya yang dominan," katanya.
Selain McTominay, penyerang lincah, Marcus Rashford serta pemain sayap antarabangsa Argentina, Alejandro Garnacho turut beberapa kali mensia-siakan peluang di hadapan gawang gol lawan.
Musim lalu, Manchester United hanya menjaringkan 58 gol dalam saingan EPL yang mana merupakan rekod lebih rendah berbanding pasukan di tangga kelapan, Tottenham Hotspur.
Berdasarkan khabar angin ketika ini, ten Hag sedang dalam usaha menajamkan semula jentera serangan mereka dengan penyerang antarabangsa Denmark, Rasmus Hojlund menjadi sasaran utama mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
