DI sebalik baru saja menandatangani R. Kogileswaran dan Al-Hafiz Harun, penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira tetap menagih khidmat penyerang import bagi menambah sengat di jentera serangan The Panthers, lapor Stadium Astro.
Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Manzoor menganggap ia sebagai kombinasi seimbang untuk kembali memberi cabaran sengit dalam saingan musim ini.
"Selepas hanya memungut lima mata dalam empat perlawanan sejak pusingan kedua Liga Super, saya rasa kami perlukan impak tambahan, saya harap kedua-dua pemain ini dapat membantu pasukan.
"Al-Hafiz mungkin tiada masalah untuk diturunkan disebabkan dia juga diturunkan ketika bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) tetapi saya perlu pastikan terlebih dahulu situasi Kogileswaran.
"Saya mungkin perlu sesuaikannya dengan keadaan dan strategi pasukan," katanya.
Difahamkan, penyerang dari Nigeria kini di bawah radar skuad Harimau Kumbang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas tonggak dari Brazil, Giovane Gomes.
Kogi (kiri) dan Al-Hafiz (kanan) perkuat skuad Harimau Kumbang di jendela perpindahan kedua ini. — Facebook/Penang FC
Gomes berpisah dengan skuad Haria Penang Haria menerusi persetujuan bersama selepas meledak empat gol musim ini.
Apa pun, kehadiran Kogileswaran dan Al-Hafiz juga tepat pada waktunya tatkala mereka dibelenggu prestasi tidak menentu ketika ini.
"Bukan sesuatu yang mudah kerana setiap keputusan yang dibuat akan berikan kesan kepada pasukan.
"Saya perlu ambil pertimbangan yang baik kerana kami bukanlah pasukan yang besar.
"Kami perlu teliti supaya kami dapatkan pemain yang untuk membantu pasukan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram