AMRI Yahyah terus menjadi 'budak nakal' selepas dipercayai mengusik Faisal Abdul Halim dengan memuat naik satu posting di Instagram pada Selasa.
Pemain berusia 42 tahun itu memang cukup dikenali dengan perangai nakalnya apabila sering melakukan tindakan memprovokasi pihak lawan supaya hilang fokus dalam perlawanan.
Selepas menentang Sabah FC, Faisal berkongsi keadaan kakinya yang menerima terjahan keras dari Amri dalam perlawanan itu.
Sewaktu perlawanan yang dimenangi oleh Selangor itu, Amri melakukan halangan keras dengan menerjah Faisal sehingga membuatkan pemain itu cedera.
Tindakan itu ternyata tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Selangor yang tidak lagi menganggp pemain tersebut sebagai salah seorang legenda kelab selepas pernah mengisytihar dendam kepada Gergasi Merah suatu masa dahulu.
Menerusi Instagram Faisal memuat naik perkembangan dirinya kepada semua peminat Selangor dengan tulisan ringkas, 'saya okay'.
Bukan sahaja yang menerima maklum balas dari Faisal, malah Amri juga seakan-akan menjawab luahan yang dilontarkan Faisal dengan sebuah video memakai 'shin pad' sambil makan snek duduk di atas kerusi dalam Instagram.
Malah, kapsyen video Amri itu juga menarik perhatian orang ramai apabila dia menulis 'kids' dengan emoji senyum.
Beberapa pemain bola sepak juga sempat meninggalkan komen di ruangan video itu antaranya ialah Mohd Raimi Md Nor dan Shahril Saa'ri.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia kebetulan atau suratan yang penting semoga Faisal dan Amri kekal sihat untuk bagi terus bersaing dalam Liga Malaysia sekali gus membantu memeriahkan bola sepak tempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram