Tak gentleman kalau nak jatuhkan JDT potong mata — TMJ


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jul 2023

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. — Facebook/JDT

SELEPAS berkali-kali berlakunya insiden pembakaran suar di Stadium Sultan Ibrahim, Johor sepanjang musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan mengenakan denda terhadap Johor Darul Takzim (JDT).

Berdasarkan satu kenyataan rasmi pada 6 Julai lalu, jaguh Liga Super itu diarahkan untuk membayar RM120,000 atas tiga kesalahan berbeza.

Keputusan terbabit dikenakan dengan harapan insiden sedemikian tidak berulang memandangkan ia hanya akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka yang membanjiri stadium serba canggih.

Namun, mesej FAM itu seperti tidak kesampaian apabila penyokong JDT sekali lagi membakar suar ketika aksi Liga Super antara kelab berkenaan dengan Negeri Sembilan FC pada 8 Julai lalu.

Penyokong JDT sekali lagi membakar suar selepas aksi antara skuad Harimau Selatan dengan Negeri Sembilan FC. Flash Sukan

Tindakan penyokong Harimau Selatan itu membuatkan orang ramai mendesak FAM dan Liga Bola sepak Malaysia (MFL) mengenakan hukuman lebih berat terhadap JDT susulan isu menyalakan suar di stadium.

Desakan hukuman denda pemotongan mata dan bermain tanpa kehadiran penonton antara cadangan penyokong susulan tindakan segelintir pemain ke-12 Harimau Selatan yang menyalakan suar berulang-ulang kali.

Peminat di media sosial menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL selaku badan pentadbir Liga M dan mencabar FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Tindakan menyalakan suar itu berlaku kira-kira 48 jam selepas FAM mengenakan denda RM120,000 terhadap JDT.

Pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu temubual dengan media rasmi JDT memberikan respons terhadap permintaan penyokong yang mahu kelab selatan tanah air itu dipotong mata selepas kelakuan berulang penyokong itu.

"Kami dah dihukum lebih RM100,000 dan mungkin akan ada hukuman lagi, tetapi kalau nak bertentang dengan JDT takkan awak nak harap mata kena potong pasal ada penyokong membakar suar.

"Tak gentleman kalau nak kalahkan, kalahkan dalam padang janganlah berharap-harap kononnya mata kita (JDT) kena potong.

"Bagi saya itu macam tak gentleman atau boleh katakan 'for me is a loser' punya mentaliti, mindset dan saya rasa pasukan lain harus beri tumpuan untuk mereka punya management improve mereka punya skuad daripada sibuk hal pasal JDT," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram