Solari bongkar sifat murni Hong Wan, Bojan terkejut aksi cemerlang Syihan


  • Podium
  • Ahad, 23 Jul 2023

Hong Wan juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada aksi fina itu. — Facebook/JDT

KABINET trofi Johor Darul Takzim (JDT) bertambah lagi selepas mempertahankan Piala FA dua musim berturut-turut apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Kejayaan di hadapan ribuan penyokong di laman sendiri itu menyaksikan juara bertahan Liga Super tersebut menjulang Piala FA buat kali ketiga selepas memenanginya pada musim 2016 dan musim lalu.

Dua jaringan gol Harimau Selatan tercipta menerusi rembatan jarak jauh pemain tengah muda, Shio Hong Wan pada minit ke-66 dan jaringan kedua hadir pada minit ke-74 daripada tonggak import, Leandro Velazquez.

Selain ledakan pertama Hong Wang bersama Harimau Selatan itu mencuri tumpuan, malah aksi cemerlang penjaga gol JDT, Syihan Hazmi berjaya menghalang dengan badan percubaan pertahanan skuad Warga Kota, Matko Zirdum yang menampan sepakan percuma Paulo Josue turut menjadi momen final tersebut sehingga mengejutkan pengendali KL CIty, Bojan Hodak.

“Saya bangga dengan anak-anak buah saya, Tahniah untuk JDT. Mereka jaring dua gol dan mereka layak untuk kemenangan ini. Untuk saya, kami perlu lebih berhati-hati.

“Kami ada peluang tadi tapi saya pun hairan Syihan boleh selamatkannya. Jika kami dapat terjemahkan jaringan itu mungkin kami ada peluang,” katanya ketika temu bual bersama Astro Arena.

WhatsApp Image 2023-07-23 at 09.14.02

Aksi cemerlang Syihan mendapat pujian daripada Hodak dan Solari. — Facebook/JDT

Sementara itu, Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari juga memuji aksi Syihan menyelamatkan percubaan dari pemain Warga Kota dan menganggap penjaga gol kebangsaan itu sebagai seorang pemain yang hebat.

Tidak terkecuali, pengendali dari Argentina itu berkata, Hong Wan sememangnya layak untuk jaringan cantik tersebut selepas menjadi seorang pemain yang komited untuk JDT.

“Bila kita main untuk final, ia memang susah. Penuh dengan intensiti. Saya rasa kami berhasil dapat cipta banyak peluang, kami dapat score dan akhirnya kami dapat kuasai permainan. Kami layak untuk kemenangan hari ini (Sabtu).

“Saya tahu Syihan adalah penjaga gol yang hebat. Kadang dia tak dapat banyak bola untuk defend, hari ini dia dapat peluang itu. Kita tahu bila ada set piece, ia akan jadi susah tapi Syihan berhasil menjalankan tugasnya. Semua mereka dah buat yang terbaik. Saya seronok mereka buat yang terbaik dan mereka layak meraikannya.

“Saya percaya dengan Hong Wan, dia bukan hanya seorang pemain yang baik tapi orang yang hebat. Sangat bijak, sentiasa komited dengan pasukan dan selalu tolong rakan sepasukan. Saya rasa Tuhan balas kebaikan itu dan dia layak,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram