Kehadiran Heberty petanda DNA JDT sedang berubah?


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jul 2023

Heberty sah sertai JDT untuk menggantikan Diogo yang mengalami kecederaan. — Facebook/JDT

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) membuat pengumuman mengejutkan apabila mengesahkan ketibaan pemain import haharu pasukan, Heberty Fernandes.

Penyerang yang berusia 34 tahun itu cukup dikenali di rantau Asia Tenggara kerana dia merupakan bekas penjaring terbanyak Liga Thailand pada musim 2014 dengan rekod 26 gol ketika mewakili Ratchaburi Miltr Phol.

Heberty pernah membantu kelab gergasi Thailand, Muangthong United menjuarai Piala Liga Thai dan Kejuaraan Mekong pada musim 2017.

Pada musim lepas, Heberty beraksi bersama Bangkok United serta berjaya membantu kelab itu raih gelaran naib juara Liga Thailand dan menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan bersama Bangkok United.

Kehadiran Heberty akan memperkuatkan lagi jentera serangan Harimau Selatan bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini dan juga saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Majoriti senaraikan tiga point kehadiran Heberty petanda DNA JDT sedang berubah:

Bergson antara penyerang berbisa kelahiran Brazil. Facebook/JDT

1. Empat pemain Brazil

Dengan kehadiran Heberty Fernandes di dalam JDT, ia sedikit sebanyak bakal memberikan ruang untuk Esteban Solari melakukan perubahan taktikal ala-ala permainan Samba.

Endrick dos Santos sudah menjadi tunjang utama JDT untuk memperkuatkan barisan tengah Harimau Selatan.

Heberty yang mampu beraksi sebagai penyerang kedua akan memudahkan tugas Bergson untuk terus menambah jaringan JDT.

Kehadiran pemain berusia 34 tahun itu bakal menambah derita penyokong selepas dia mempunyai rekod jaringan yang baik iaitu 159 gol dan 51 assist dalam 249 perlawanan dalam Liga Thailand.

Heberty ketika beraksi dengan Port FC. Agensi

2. Pendekatan perpindahan

JDT gemar menggunakan khidmat penyerang berusia meskipun mereka sering membawa masuk pemain muda berdasarkan aktiviti perpindahan baru-baru ini.

Jika melihat pemain yang disambar, skuad Harimau Selatan diperkuatkan dengan penyerang berusia, Diogo Luis Santo yang mana pemain itu sudah semakin menghampiri penghujung kariernya.

Kemasukan Heberty bakal menguatkan jentera serangan Harimau Selatan meskipun sudah berusia 34 tahun sekali gus akan memainkan peranan seperti Diogo.

Ia menunjukkan bahawa pihak pengurusan kelab lebih cenderung untuk membawa masuk seorang penyerang dengan pengalaman yang luas walapun sebelum ini pernah menyambar pemain muda di poisisi berkenaan seperti Pereyra Diaz (25 tahun), Lionel Nunez (29 tahun), Juan Martin Lucero (25 tahun) dan ramai lagi.

Heberty kini berusia 34 tahun. Agensi

3. Perubahan taktikal

Umum mengetahui JDT kini sukar digugat oleh mana-mana pasukan dalam Liga M selepas mereka tidak pernah kalah dalam kesemua perlawanan musim ini.

Malah JDT juga sering membolosi gawang gol pihak lawan dengan jaringan yang sangat besar.

JDT selepas ini akan menyertai kejohanan liga tertinggi Asia (ACL) sekali gus ia amat penting buat Harimau Selatan untuk tidak membenarkan pihak lawan membaca taktikal mereka.

Dengan kehadiran Heberty ia akan memberikan pelbagai corak variasi serangan Harimau Selatan yang akan mengelirukan pihak lawan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram