Mentor, status dan pengalaman jadi sandaran buru kasut emas Piala MFL


  • Podium
  • Isnin, 24 Jul 2023

Tiga pemain antara pesaing kasut emas Piala MFL 2023. — Agensi

DALAM kerancakan Liga Super 2023 yang hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air, Piala MFL turut berlangsung yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu A dan B.

Walaupun kemeriahan Piala MFL tidak sehebat sambutan Liga Super namun barisan pemain yang beraksi boleh dikatakan setaraf dengan skuad utama di Liga Super kerana mereka merupakan skuad pelapis bagi setiap pasukan.

Piala MFL merupakan satu medium yang mana membolehkan ubi muda dan skuad simpanan mampu menunjukkan bakat agar terpilih untuk beraksi dengan pasukan utama di Liga Super.

Seperti perlawanan yang lain, Piala MFL turut menawarkan anugerah pemenang kasut emas yang berjaya mencetak gol terbanyak sepanjang liga ituberlangsung.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pesaing kasut emas Piala MFL yang bakal berentap mendapatkan gelaran tersebut.

WhatsApp Image 2023-07-24 at 18.29.18

Gabriel Nistelrooy Tamin. — Instagram//gabrielnistelrooy19

1. Gabriel Nistelrooy Tamin

Nama pemain muda Johor Darul Takzim (JDT), Gabriel Nistelrooy Tamin semakin menjadi buah mulut penyokong bola sepak tempatan ketika ini terutamanya di Sarawak.

Pemain kelahiran Miri itu mencatatkan rekod selepas menjadi satu-satunya anak kaum Iban yang pertama menempah nama dalam kelab gergasi JDT II.

Selain beraksi cemerlang dalam saingan Piala MFL 2023, pemain brusia 23 tahun itu turut menjadi perhatian selepas mencatatkan 12 gol dalam Kumpulan A.

Nistelrooy mempunyai peluang yang cerah untuk bergelar pemenang kasut emas MFL kerana memiliki kelebihan apabila berada dalam kelab yang bertaraf dunia dan mempunyai jurulatih berpengalaman.

Selain mempunyai fasiliti yang mencukupi, Nistelrooy turut dikelilingi oleh pemain-pemain berkualiti JDT seperti import berbisa Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan pemain tempatan, Arif Aiman Hanapi yang boleh menjadi mentor kepadanya.

WhatsApp Image 2023-07-24 at 18.30.22

Ebenezer Assifuah. Facebook/KDAFCB

2. Ebenezer Assifuah

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (KDA FC),Ebenezer Assifuah tampil cemerlang apabila berada di skuad KDA FC B.

Pemain kelahiran Ghana itu merupakan pesaing terdekat pemain JDT II apabila mencetak 11 gol dalam perlawanan Piala MFL berlangsung.

Assifuah merupakan penyerang import berbisa kerana pernah menjaringkan hatrik ketika bertemu Sabah FC Bawah 23 Tahun di Stadium Likas, Sabah pada Mei lalu.

Kelincahan pemain berketinggian 1.76 meter itu mempunyai peluang yang tinggi untuk menjaringkan gol menerusi tandukan mahupun rembatan kencang yang dihasilkan.

Selain itu, Assifuah pernah bergelar penjaring terbanyak dalam saingan Piala Dunia 2013 Bawah 20 Tahun ketika beraksi bersama pasukan negaranya, Ghana.

WhatsApp Image 2023-07-24 at 18.29.18 (1)

Chukwu Chijioke. — Facebook/PDRMFC

3. Chukwu Chijioke

Penyerang PDRM FC, Chukwu Chijioke juga merupakan antara pencabar kasut emas untuk saingan Piala MFL.

Chijioke sudah menjaringkan sembilan gol dan meletakkan kedudukannya ketiga terbaik dalam senarai penjaring terbanyak.

Sosok tubuh yang sasa memberikan kelebihan untuk Chijioke menjaringkan gol sama ada menerusi tandukan mahupun sepakan yang kencang.

Jika dibandingkan dengan kedua-dua calon tersebut, pemain kelahiran Nigeria itu turut memiliki sedikit kelebihan dari segi pengalamannya dalam kancah bola sepak.

Walaupun menjaringkan sembilan gol setakat ini, Chijioke mempunyai pengalaman bermain bersama skuad utama berbeza dengan kedua-dua pemain tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram