NASIB tonggak import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ebenezer Assifuah yang kini menjadi tunjang utama pasukan Bawah 23-tahun Kedah dalam saingan Piala MFL masih samar-samar sama ada dia akan beraksi bersama skuad utama atau sebaliknya.
Difahamkan, sejak tampil cemerlang di peringkat Piala MFL, penyerang import berkenaan dilihat menampilkan aksi yang cukup menarik.
Bagaimanapun, Sang Kenari kini memiliki barisan pemain yang cukup berkualiti dan ia menjadi faktor utama Assifuah masih tidak berada dalam skuad utama KDA FC.
Persaingan sengit antara pemain import yang lain menyebabkan Assifuah kini masih bersama KDA FC B.
Assifuah bersama skuad KDA FC B. — Facebook/KDA FC
Oleh itu, Assifuah perlu mencari jalan keluar dengan mencari pasukan liga jika mahu beraksi dengan lebih cemerlang dalam bola sepak.
Berikut Majoriti menyenaraikan tiga sebab Ebenezer Assifuah perlu beraksi di Negeri Sembilan FC (NSFC).
1. Kekurangan import
Antara faktor utama kegagalan skuad Jang berada dalam kedudukan lima terbaik Liga Super kerana tidak memiliki import yang mencukupi.
Herold Mark Goulon, Levy Madinda dan Casagrande antara import skuad Jang.
Rentetan perkara tersebut, skuad Jang kurang menyerlah di saingan liga dengan hanya merekodkan 24 jaringan dalam 17 perlawanan Liga Super dan hanya empat kali meraih kemenangan setakat ini.
Oleh itu, kehadiran Assifuah dianggap mampu membantu jentera serangan NSFC untuk menghadapi baki saingan musim ini.
2. Minit permainan terjaga
Pasukan KDA FC memiliki barisan pemain import yang dilihat cukup berkualiti untuk membantu pasukan tersebut antaranya Ifedayo Olusegun, Manuel Ott, Lee Tuck, Manuel Hidalgo dan Amirbek Juraboev.
Kehadiran pemain-pemain import tersebut memberi kesan kepada minit permainan Assifuah selepas diturunkan pangkat beraksi bersama pasukan KDA FC B dalam saingan Piala MFL.
Walaupun kini membantu skuad Bawah 23 (B-23) Sang Kenari namun pemain berketinggian 1.76 meter itu tetap sukar untuk itu mendapatkan minit permainan berkualiti kerana tidak bersaing dengan pemain yang seangkatan dengannya.
Oleh itu, Assifuah perlu mengambil peluang untuk menjadi pemain import baharu skuad Jang sebelum jendela perpindahan berakhir.
3. Gandingan Shahrel Fikri
Pastinya pengalaman dan kelebihan Assifuah mampu diterjemahkan menerusi gaya persembahan sekiranya dia diturunkan ketika perlawanan nanti.
Assifuah dikenali sebagai penyerang berbisa Sang Kenari apabila berjaya memperkukuhkan kedudukan selaku penjaring terbanyak dalam Piala MFL dan pernah menjaringkan hatrik ketika bertemu Sabah FC Bawah 23 di Stadium Likas, Sabah pada Mei lalu.
Kelincahan pemain itu jika digandingkan dengan tonggak utama NSFC, Shahrel Fikri Md Fauzi mampu melonjak kedudukan terkini NSFC dalam liga kerana bekas penyerang Selangor itu juga pernah memegang rekod penjaring terbanyak musim 2020.
Oleh itu, kehadiran Assifuah dianggap mampu memberikan perubahan kepada skuad Jang yang kini semakin ketinggalan jauh dalam carta liga.
Skuad Jang kini menghuni tangga kesembilan carta denga mengutip 20 mata selepas 17 perlawanan berlangsung.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram