'Game pernah belum start, tapi JDT dah boleh berpesta'


  • Podium
  • Sabtu, 22 Jul 2023

Johor Darul Takzim muncul juara Liga Super 2017. — Agensi

KEJAYAAN pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam melakar sejarah baharu selepas muncul juara Liga Super sebanyak sembilan kali pastinya merupakan hasil kerja keras pemiliknya iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ.

Pasukan gergasi tanah air itu pastinya sering menjadi bualan hangat para penyokong bola sepak tempatan apabila tidak pernah gagal dalam menyempurnakan misi dalam setiap perlawanan berlangsung.

Malah pada enam tahun lepas, kancah bola sepak tanah air pernah dikejutkan dengan pasukan JDT yang dikatakan meraikan kemenangan lebih awal sebelum saingan Liga Super melabuhkan tirainya.

juara

Sekitar aksi JDT menewaskan Kedah dalam Piala Liga Super 2017. — Agensi

Ia ekoran ketika itu JDT mempunyai kelebihan 11 mata di puncak Liga Super yang memastikan Harimau Selatan meraih kejuaraan keempat berturut-turut musim 2017.

Pada Julai 2017, pasukan kendalian Ulisses Morais itu berjaya mengatasi skuad T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu sekali gus mengesahkan takhta Liga Super dan slot ke Piala AFC tahun 2018.

Selepas kekalahan 2-3 kepada Selangor pada perlawanan Piala Malaysia, Morais kembali menagih khidmat pemain utamanya iaitu Gabriel Guerra, Mohammed Ghaddar, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim ketika bertemu Terengganu. Morais enggan menggunakan ketiadaan pemain ini menentang Selangor sebagai alasan kekalahan.

Morais turut dilaporkan berkata, beliau memberi peluang kepada pemain lain untuk beraksi agar menunjukkan potensi dan bukan alasan kalah kepada Selangor.

Di kala penyokong JDT sedang bergembira, harapan Kedah yang berada di tangga kedua Liga Super pada ketika itu untuk merangkul kejuaraan pudar selepas seri 1-1 dengan Selangor, sekali gus gagal menggugat Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram