JOHOR Darul Takzim (JDT) akan tampil menunjukkan bahawa mereka adalah 'Invincibles of Malaysian football', tetapi bukan dengan taktik istimewa sebaliknya hanya beraksi seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Skuad Harimau Selatan sudah memenangi 20 perlawanan, menjaringkan 79 gol dan hanya dibolosi tiga perlawanan musim ini dalam seluruh pertandingan Liga Malaysia (Liga-M).
Ketua Jurulatih kelahiran Argentina, Esteban Solari menginginkan agar pasukannya itu akan mendominasi perlawanan apabila berdepan Kuala Lumpur pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
“Ini adalah final yang akan menjadikan persekitaran sedikit berbeza kerana perlu bermain untuk bergelar juara. Ia hanya menang atau kalah.
“Pastinya setiap pasukan akan bermain secara psikologi tetapi bagi kami, ia adalah perlawanan berbeza dan kami akan bermain dengan taktikal yang sama dari perlawanan sebelumnya.
“Saya tahu siapa yang saya akan turunkan. Bagi taktik, ia boleh menjadi 3-4-3, 3-3-3-1, atau 4-3-3. Kami mahu memberikan tekanan kepada pihak lawan dengan asakan dan serangan yang bakal dilakukan oleh barisan pemain JDT seawal perlawanan dimulakan," katanya.
Pasukan JDT tahu bahawa lawan mereka tidak akan memudahkan kerana Kuala Lumpur terkenal dengan corak permainan yang baik terutamanya dalam perlawanan perebutan piala.
“Kami akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada gaya permainan kami tetapi akan menyesuaikan mengikut taktikal Kuala Lumpur.
“Kami teruja untuk bermain di hadapan peminat kami. Kami menjangkakan stadium penuh. Kami akan bekerja keras untuk memenangi gelaran ini untuk menggembirakan mereka," kongsinya.
Bagaimanapun, JDT tidak akan mendapat khidmat penyerang Brazil, Diogo Santo kerana mengalami kecederaan tetapi Solari masih mempunyai 20 pemain yang boleh dia harapkan.
Pemain sayap, Arif Aiman Hanapi akan menjadi pemain utama JDT kerana sudah menjaringkan empat gol dalam perlawanan itu. Jadi, ia tidak akan mengejutkan untuk melihat lawan mengawalnya dengan ketara tetapi Solari tidak terlalu bimbang.
“Bola sepak juga taktikal. Arif tahu pihak lawan akan mengawalnya dengan ketat tetapi kami mempunyai pasukan yang kuat, kesemua mereka mampu melakukan sesuatu yang istimewa," ujarnya.
Sementara itu, JDT mengumumkan menandatangani penyerang Brazil, Heberty Fernandes sebagai pemain import kesembilan mereka.
Pemain berusia 34 tahun itu adalah bintang dalam Liga Thai yang bermain untuk pasukan Muangthong United, Bangkok United, Ratchaburi Mitr Phol dan Port FC. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram