SRI Pahang FC memulakan kempen Liga Super 2023 dengan cemerlang apabila mencatatkan 11 kemenangan tanpa kalah.
Namun siapa sangka, Johor Darul Takzim (JDT) merupakan pasukan yang pertama memecahkan rekod tersebut dengan menewaskan skuad Tok Gajah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor Mei lalu.
Selepas kekalahan tersebut, skuad Tok Gajah seakan-akan berdepan badi apabila dilihat sering mengalami kekalahan berikutan barisan pemain yang tidak menampilkan prestasi cemerlang seperti awal musim ini.
Sergio Aguero bersama pemain Sri Pahang, Kpah Sherman. — Instagram/aguero.sergio16
Untuk mengembalikan semula prestasi tersebut, pihak pengurusan Sri Pahang sudah membuat keputusan untuk membawa masuk dua pemain baharu bagi membantu pasukan tersebut dalam menghadapi baki saingan musim ini.
Namun begitu, kemasukan Kuvondik Ruziev dan Rafael da Silva, sebagai pemain import baharu didakwa tidak memberikan impak yang baik seperti yang diharapkan oleh penyokong Tok Gajah itu.
Penyokong mula mempersoalkan keputusan pihak pengurusan yang berasakan kedua pemain tu seperti memperdayakan penyokong Tok Gajah.
Namun kapten Sri Pahang, Sergio Aguero tampil mempertahankan mereka dengan mengatakan bahawa kedua pemain itu masing-masing mempunyai masa depan yang cerah bersama pasukan tersebut.
"Tidak lama lagi saya akan menemui mereka, bagi saya, mereka menjalankan tugas mereka dengan baik dan bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharu tetapi mereka tetap melakukannya dengan baik.
"Selain itu, mereka juga menyesuaikan diri dengan sangat cepat untuk mencari keserasian dengan pasukan dan Pahang pastinya mempunyai pemain yang berkualiti," katanya kepada Majoriti.
Pemain naturalisasi itu turut memberi bayangan bahawa akan beraksi bersama pasukan Sri Pahang untuk perlawanan seterusnya menentang Perak FC walaupun mengalami sedang mengalami kecederaan.
Sebelum ini, Aguero terlepas perlawanan ketika menentang Sabah FC kerana kecederaan yang dialami olehnya dan berasakan ia bukan penghalang untuk dirinya kembali beraksi.
"Ia tidak akan melemahkan semangat saya tetapi saya sedih kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami kecederaan tetapi sekarang saya cuba melakukan latihan tambahan.
"Untuk perlawanan seterusnya, jurulatih tidak mahu mengambil risiko kerana kecederaan saya masih belum pulih tetapi saya masih mahu bermain.
"Tetapi saya menghormati keputusan jurulatih, mungkin jika keadaan semakin baik saya akan ada untuk perlawanan seterusnya," kongsinya.
Di samping itu, Majoriti sempat bertanya mengenai perasaannya yang ketika ini bersama Sri Pahang dan dia turut mengatakan harapannya agar berusaha mengekalkan skuad Tok Gajah berada dalam kedudukan lima terbaik liga.
"Saya sangat gembira berada di Pahang. Terima kasih untuk bos (Fandi Ahmad dan Dollah Salleh) kami kerana dia banyak mempercayai saya dan dia memberi saya peluang untuk mewakili Pahang malah mereka juga mempercayai saya dengan menjadi kapten.
"Saya harap saya akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan Pahang FC berada dalam Top 5," jelasnya.
Skuad Sri Pahang kini berada pada kedudukan keempat Liga Super dengan mengutip 34 mata selepas 17 perlawanan berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram