Tujuh tahun lalu, Terengganu terpaksa ucap selamat tinggal kepada coach kelahiran Manchester


  • Podium
  • Selasa, 18 Jul 2023

Skuad Terengganu FC musim 2016. — Facebook/Terengganu

TUJUH tahun lalu, kancah bola sepak tanah air sering diwarnai dengan pelbagai asam garam menimpa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dan tidak ketinggalan juga pasukan Terengganu FC (TFC).

Selepas kali terakhir menjulang Piala FA pada 2011, Terengganu FC terus kempunan memburu gelaran juara kejohanan domestik itu.

Antara senarai jurulatih yang pernah berkhidmat bersama TFC ialah Mat Zan Mat Aris,Peter James Butler, E Elavarasan, Abdul Rahman Ibrahim, Ahmad Yusof, Mike Mulvey, Irfan Bakti, Nafuzi Zain dan yang terkini Tomislav Steinbruckner.

Mike-Mulvey

Pengendali Terengganu FC musim 2016, Mike Mulvey.

TFC yang pernah dikendalikan oleh Mulvey menjadi ketua jurulatih kedua dipecat oleh Terengganu musim itu.

Jurulatih kelahiran Manchester, England yang berusia 53 tahun itu merupakan penolong Ahmad Yusof, sebelum dinaikkan pangkat pada akhir Februari 2016.

Ia rentetan pada ketika itu, Ahmad Yusof menjadi mangsa jurulatih pertama direhatkan berikutan skuad Sang Penyu tersingkir awal dalam Piala FA apabila ditunjukkan jalan keluar oleh skuad Liga Perdana, PKNS.

Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mulvey yang menggantikan Ahmad Yusof turut dipecat oleh Terengganu FA susulan prestasi buruk skuad Sang Penyu musim itu.

Di bawah kendalian Mulvey, Terengganu tewas kepada Melaka dalam saingan kumpulan Piala Malaysia dan jurulatih Australia itu perlu membayar harga yang mahal apabila dia berada pada masa yang salah selepas dibelasah Kelantan 1-6 dalam perlawanan derbi Pantai Timur di Kuala Terengganu.

Presiden Terengganu FA, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dilaporkan berkata, penolong jurulatih, Mustafa Kamal Abd Wahab dilantik sebagai jurulatih sementara.

Wan Ahmad Nizam juga meletak jawatan sebagai presiden sekiranya Terengganu gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia.

"Saya ingin memaklumkan kepada semua orang bahawa saya tidak tertekan untuk mengosongkan jawatan saya sebagai presiden tetapi saya akan meletakkan jawatan dengan pasti jika kami gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia, dan itu adalah janji," katanya.

Bagaimanapun, TFC yang dikendalikan oleh Mustaffa dan Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai jurulatih interim itu gagal menyelamatkan skuad Sang Penyu apabila menghuni tangga tercorot Liga Super sekali gus tersingkit ke Liga Perdana 2017. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram