PENANG FC sekali lagi terlepas peluang membawa pulang tiga mata berharga selepas tewas 0-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dalam aksi Liga Super 2023 pada Sabtu.
Kekalahan di tangan Gergasi Merah itu menyaksikan Penang FC kekal menghuni tangga ke-10 Liga Super selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.
Keputusan itu menyaksikan mereka semakin jatuh terperosok ke carta bawahan liga, sekali gus memberikan tamparan hebat buat penyokong Harimau Kumbang yang dilihat semakin kecewa dengan prestasi semasa pasukan tersebut.
Abu Kamara berjaya memacu kebangkitan Kuching City FC dalam saingan Liga Perdana musim ini. — Facebook/Kuching City FC
Tidak cukup dengan prestasi merosot itu, pasukan Utara tanah air tersebut dilanda masalah apabila pemain import, Giovane Gomes disahkan meninggalkan Penang FC.
Gomes mencatatkan empat gol dalam 13 penampilan bersama skuad Harimau Kumbang yang mana meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak pasukan dengan hanya Soony Saad berada di hadapan.
Oleh itu, pihak pengurusan Penang FC perlu mencari penyerang baharu untuk membantu mempertajamkan jentera serangan Harimau Kumbang yang didakwa tumpul apabila sekadar merekod 22 jaringan setakat ini.
Baru-baru ini, nama penyerang berbisa Terengganu FC, Jordan Mintah dikhabarkan bakal dibawa masuk ke skuad Penang FC bagi membantu mempertajamkan serangan pasukan itu.
Namun, terdapat perkembangan baharu bahawa pemain kelahiran Ghana itu sudah membuat keputusan untuk kekal bersama Sang Penyu.
Sekitar aksi Kamara cuba mengawal bola daripada pertahanan The Rhinos, Dominic Tan. — Facebook/MFL
Ekoran perkara tersebut, satu lagi nama yang menjadi sasaran pihak pengurusan Penang FC ialah penyerang berbisa Kuching City FC (KCFC), Abu Kamara.
Abu Kamara mencuri nama selepas memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2022 apabila berjaya mencetak 11 jaringan.
Berikut Majoriti menyenaraikan tiga sebab Abu Kamara sesuai menjadi pengganti Giovane Gomes:
1) Rekod Liga Malaysia
Dalam Liga Malaysia (Liga-M), Abu Kamara menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana 2022 dengan 11 jaringan.
Selain itu, Kamara juga sudah merekodkan tujuh jaringan dan membuat satu hantaran bantuan selepas 15 perlawanan Liga Super 2023 setakat ini.
2) Kuota import masih terbuka
Jika pemain kelahiran Ghana itu beraksi di bawah kendalian pengendali Penang FC, Manzoor Azwira pastinya ia merupakan satu peluang Kamara untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
Ini kerana, kouta import Penang FC masih terbuka untuk menerima pemain baharu.
Selain itu, tidak mustahil Kamara akan meninggalkan skuad The Cats kerana kedudukan Kuching City yang kini berada di tangga tercorot liga.
3) Kelincahan atas padang
Abu Kamara merupakan pemain yang tiba-tiba meletup dengan dua gol ketika bertandang ke gelanggang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Kelincahan pemain kelahiran Liberia itu dilihat mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan pihak lawan.
Di samping itu, kehadiran Kamara dengan kebolehan untuk memperdayakan benteng pertahanan lawan mampu menjadi satu aset bermakna buat skuad Harimau Kumbang yang mahu bangkit daripada lena mereka sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram