'Mereka faham tugas sebagai full back', Safee Sali puji 2 bintang Sri Pahang FC pinjaman JDT


  • Podium
  • Ahad, 16 Jul 2023

Safee memberikan kredit kepada dua pemain Sri Pahang, Azrif dan Syazwan selepas tampil cemerlang musim ini. — Astro Arena

BERSAMA Johor Darul Takzim (JDT), dua individu ini hanyalah pilihan kedua ataupun ketiga dibelakang pemain-pemain kesebelasan utama Harimau Selatan yang mana mereka tidak mendapat peluang untuk beraksi secara konsisten dalam kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Namun lain pula ceritanya musim ini selepas dipinjamkan ke Sri Pahang FC yang mana kehebatan dan ketangkasan mereka kembali diperkatakan oleh ramai penyokong bola sepak negara.

Dua individu yang dimaksudkan ialah Syazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrulhaq yang dipinjamkan dari JDT untuk memadam episod buruk Sri Pahang FC musim 2022.

Ternyata kehadiran dua pemain ini memberikan kelegaan kepada pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad selepas mereka tampil cemerlang tampil sejak awal musim ini.

WhatsApp Image 2023-07-16 at 12.15.20 PM

Azrif dan Syazwan kini mendapat perhatian penyokong bola sepak selepas menyertai Sri Pahang FC secara pinjaman dari JDT musim ini. — Facebook/Sri Pahang FC

Dalam rancangan pra perlawanan di antara Sabah FC dan Sri Pahang dalam Astro Arena, bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mendedahkan faktor kejayaan dua pemain itu musim ini disebabkan pengalaman yang dimiliki mereka.

"Memang, inilah pentingnya mempunyai pemain yang memahami tugas apabila berada di posisi 'right wing back dan left wing back'.

"Mereka tahu macam mana nak menyerang, timing yang sangat penting Syazwan dan Azrif Nasrulhaq dia tahu timing bila nak pergi attack dan dia tahu bila tanggungjawab dia untuk kembali ke defensive line.

"Jadi bila mereka tahu tugasan masing-masing itu sangat membantu pasukan pergi attack sebagai satu unit dan kembali in numbers sebagai satu pasukan sangat penting," katanya dalam program itu.

Hafizal (kiri) turut memuji persembahan yang ditunjukkan Azrif dan Syazwan sehingga mengubah corak permainan Sri Pahang. Astro Arena

Dalam pada itu, pengacara sukan tanah air, Hafizal Hamad turut tertarik melihat peranan yang dimainkan dua pemain itu ketika berdepan Selangor FC pada 9 Julai lalu.

"Saya tertarik untuk melihat bagaimana graf dan juga kejayaan yang saya rasa menarik untuk dua pemain Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq pada pertemuan menentang pasukan Selangor FC.

"In position, pergi balik dan bukan pergi tak balik (pertahanan) dan tugasan itu sebenarnya memainkan impak besar kepada Sri Pahang FC," jelasnya.

Sri Pahang FC terlepas untuk merapatkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas tewas kepada Sabah dengan jaringan 0-4 sekali gus menghuni tangga keempat yang mana Kedah Darul Aman FC berjaya memintas kedudukan di tempat ketiga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram