Pol Corpas 'update' status kes FIFA, akui terkejut Alfredo Vera pilih TRW


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jul 2023

Pol Corpas sebelum ini memainkan peranan selaku penolong jurulatih dan juruanalisis video Kelantan FC.

KEMELUT isu dalaman membabitkan tunggakan gaji pasukan Kelantan FC masih lagi belum dapat diselesaikan apabila beberapa kes sudahpun mula disiasat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Musim ini, bekas ketua jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik berjaya memenangi kes tuntutan FIFA yang ditujukan kepada bekas majikannya.

Perkara itu dikongsikan oleh ejen Moon-sik iaitu Leo Jeong menerusi laman Instagram baru-baru ini yang mana dia dan juga klien akan mengambil tindakan lanjut selepas keputusan FIFA memihak kepada mereka.

Sebelum ini, Jeong dan Moon-sik mengambil keputusan untuk memfailkan aduan kepada FIFA selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan pasukan mengenai pemecatannya sebagai ketua jurulatih pasukan.

Namun bukan sahaja Moon-sik, seorang lagi yang sedang menunggu keputusan FIFA ialah Pol Corpas Cuatrecasas yang masih tidak dibayar gaji oleh pihak pengurusan Kelantan FC.

Tangkap layar ejen Moon-sik berkaitan kes FIFA.

Bercakap kepada Majoriti, Pol sedang menunggu jawapan daripada FIFA mengenai keputusan kes terhadap Kelantan FC.

Pol mendakwa, pihak pengurusan Kelantan masih belum membuat sebarang pembayaran baki gaji walaupun sudah meninggalkan pada Mei lalu.

"Kelantan masih belum membuat sebarang pembayaran tunggakan gaji.

"Saya akan mendapat keputusan kes daripada FIFA pada 18 Julai di atas apa yang pihak pengurusan sudah lakukan kepada saya.

"Buat masa sekarang semuanya berjalan lancar dengan pihak FIFA yang mana saya telah menghantar semua bukti berkaitan tunggakan gaji," katanya pada Majoriti.

Ditanya adakah dia pernah dihubungi pihak pengurusan Kelantan untuk menarik balik kes di FIFA, Pol menjawab pada awalnya pengarah sukan ada menghubunginya.

"Pada awalnya, pengarah sukan ada memberitahu saya untuk mesej peguam (Kelantan) untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya dah hantar semua bukti tunggakan gaji, bekerja tanpa permit Visa untuk FIFA mengambil tindakan selanjutnya.

"FIFA memberi masa kepada Kelantan untuk kemukan semua bukti yang mana mereka masih belum menunjukkan sebarang dokumen.

Vega

Alfredo Vera menyertai Kelantan FC pada jendela perpindahan kedua ini. Facebook/TRW

Dalam pada itu, Pol akui terkejut dengan kehadiran Angel Alfredo Vera sebagai ketua jurulatih yang mana dia merupakan salah seorang individu yang mempunyai rekod baik di Indonesia.

"Saya mendengar orang bercakap tentang coach Alfredo yang mana ramai memujinya ketika dia di Indonesia.

"Saya agak terkejut bila dia (Alfredo) menandatangai kontrak dengan Kelantan yang mana kita tahu pasukan itu sedang dalam masalah.

"Kelantan dikenakan sekatan dan mempunyai empat kes bersama FIFA dan mungkin lebih," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram