'Ini baru bola sepak sebenar', fans TRW puji permainan Kelantan walaupun dibolosi 5 gol oleh JDT


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jul 2023

Antara aksi Liga Super antara Kelantan FC dan JDT pada Jumaat. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) terus memperkukuhkan kedudukan dalam Liga Super selepas membelasah Kelantan FC dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

JDT tidak menunggu lama untuk menunjukkan siapa raja dalam padang selepas menjaringkan gol seawal minit ke sembilan menerusi rembatan deras luar kotak penalti oleh Fernando Forestieri.

Oscar Arribas menambah akauan jaringan JDT apabila menanduk kemas bola masuk ke dalam gawang gol Kelantan selepas menerima hantaran daripada Forestieri pada minit ke-22 perlawanan.

WhatsApp Image 2023-07-14 at 11.04.28 PM

Juan Muniz berjaya menghasilkan satu assist. Facebook/JDT

Tamat separuh masa pertama, JDT mendahului Kelantan dengan keputusan 2-0.

Bersambung babak kedua perlawanan, Forestieri hampir menjaringkan gol kedua selepas sepakan percumanya pada minit ke-53 mengenai palang gol The Red Warrirors (TRW).

Pada minit ke-60 dan 64 Forestieri dan Bergson menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol selepas pertahanan Kelantan mudah melakukan kesilapan.

Akhyar Rashid menutup jaringan JDT pada minit ke-77 selepas menerima hantaran mudah oleh Leandro Velazquez sekali gus menewaskan penjaga gol Kelantan FC.

Keputusan kekal 5-0 sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

WhatsApp Image 2023-07-14 at 11.02.59 PM

Forestieri berjaya menjaringkan dua gol. Facebook/JDT

Walaupun tewas dengan jaringan besar, penyokong Kelantan berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain Kelantan pada Jumaat.

Penyokong Kelantan memuji corak permainan positif yang ditampilkan skuad kendalian Alfredo Vera yang berani menyerang kubu pertahanan JDT.

"Kalau permainan macam ini, kalah pun tak apa, penyokong nak permainan dan pengurusan berubah itu sahaja," kata Fais Muhamad.

"Padu Kelantan,melawan ada serang-menyerang pun ada, ini baru permainan bola sepak bukan parking bas," jelas Rizwanmahrudin Kecik.

"Walaupun lawan JDT, tapi seronok tengok dua permainan akhir Kelantan, semoga maju jaya dan jalan terus," ujar Hanif Othman.

"Macam ini baru bola sepak, kalau semua fit boleh kekalkan stamina baru mantap semua," luah Maq Mieey.

Kelantan kini kekal menghuni tangga terbawah Liga Super dengan mengutip 16 mata dan tewas 14 perlawanan serta dibolosi 61 gol setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram