ATLET Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sememangnya membuktikan bahawa dia adalah masa depan dalam sukan tersebut apabila memperoleh kemenangan ketiga bagi pertandingan ONE Championship di Thailand pada Jumaat.
Muhammad Johan yang berusia 16 tahun itu tidak mempunyai masalah menumbangkan lawan iaitu jaguh Thailand, Samurai Seeopal di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.
Dia yang berasal dari Sarawak mengakui bagaimanapun akan lebih gembira jika menang secara ‘knockout’ seperti aksinya sebelum ini menentang Tai Sor Jor Piek.
Namun kerana lawannya yang berusia 18 tahun itu dapat bertahan sehingga tamat pertarungan, juri memberikan Jojo kemenangan secara ‘sebulat suara’.
Keputusan itu agak jelas dengan Jojo berjaya melakukan beberapa serangan jitu terutama menerusi tumbukan padu dan ‘uppercut’ dalam semua tiga pusingan dalam perlawanan itu.
Menurut Muhammad Johan ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Jojo, dia menyatakan bahawa jika petinju lain mungkin sudah tumbang selepas menerima tumbukannya.
Dalam temu bualnya memetik daripada media, BuletinTV3, selepas menunjukkan Samurai, Jojo berazam untuk berusaha lebih gigih lagi bagi aksi seterusnya.
Untuk rekod, dalam dua pertarungan profesionalnya di ONE Championship sebelum ini, Jojo menang secara ‘knockout’ berdepan petinju Thailand, Tai Sor Jor Piek pada 26 Mei lalu.
Pada 24 Februari lalu pula, Jojo menundukkan seorang lagi jaguh Thailand, Padetsuk Fairtex hanya ketika permainan baharu 16 saat berlangsung.
Bukan itu sahaja, pada kejohanan tersebut juga, rakan senegara Kabilan Jelevan turut melakar kemenangan setelah menewaskan Sulaiman dari Myanmar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram