Usai perlawanan, fans JDT puji menggunung ubi muda TRW... Anggap prospek masa depan Harimau Selatan


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jul 2023

Barisan pemain Harimau Selatan meraikan jaringan selepas membolosi gawang TRW. — Facebook/MFL

TIDAK dinafikan bahawa setiap pasukan yang bakal berdepan dengan pencabar utama Liga Super 2023 pasti menangis selepas perlawanan berakhir berikutan kemenangan yang pasti menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT).

Memasuki pusingan kedua Liga Super, Kelantan FC terus berputih mata apabila dimalukan oleh pasukan gergasi tanah air, JDT ketika aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

JDT terus gah memperkukuhkan kedudukan dalam Liga Super 2023 selepas membenam The Red Warriors (TRW) dengan keputusan 5-0 di hadapan penyokong pihak lawan yang terpaksa menyaksikan kemenangan bergaya pasukan pengunjung itu.

WhatsApp Image 2023-07-15 at 12.34.25 (1)

Aksi menari menampilkan tonggak import, Bergson cuba mengawal bola menerusi tandukannya. — Facebook/MFL

Fernando Forestieri, Oscar Arribas, Bergson da Silva dan Akhyar Rashid antara pemain yang menyumbangkan jaringan selepas dengan mudah menewaskan penjaga gol TRW, Johan Shahzidane.

Walaupun terpaksa menerima kekalahan di laman sendiri, namun, para penyokong tanah air turut memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan TRW.

Terdapat juga beberapa penyokong Harimau Selatan turut memuji prestasi barisan pemain muda Kelantan yang dilihat semakin menunjukkan aksi yang baik di dalam padang.

"Baik doh gameplay budak-budak muda Kelantan ni, main open game, tak takut melawan, bukan macam Selangor yang penakut tak berani buka game," kata Harimau Selatan X.

"Luar biasa betul semangat pemain muda Kelantan. Jika diasah baik-baik boleh jadi aset negara ini," kata Eddie Putera.

"Masa depan cerah.. baik masuk akademi JDT. Untung-untung jadi bintang Harimau Malaya," jelas Abang Harimau Selatan.

"Ini baru pertaruhan sejati yang berani, benar-benar bermaruah bukan mengharapkan awang import semata-mata," kata Harils CP.

"Aku pun suka tengok game Kelantan ni, berani, confident ada, skill kena sharp sikit saja lagi. Pengalaman mengajar mereka jadi lebih better lepas ni. Good game kedua-dua pasukan. Salute pada Kelantan," Aswad Izam.

TRW kekal menghuni tangga ke 14 dengan mengutip empat mata selepas 16 perlawanan berlangsung.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram