Selepas kepulangan Safuwan, fans Selangor 'request' bawa balik bekas pemain Harimau Muda


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jul 2023

Selangor merupakan pasukan pertama Adam dalam Liga M.

SAFUWAN Baharudin sah kembali memperkuatkan Selangor FC selepas meninggalkan Gergasi Merah pada awal musim ini untuk menyertai Negeri Sembilan FC (NSFC).

Perpindahan Safuwan ke Selangor ternyata membuatkan ramai penyokong bola sepak terkejut kerana sebelum itu dia dikhabarkan menerima tawaran daripada kelab Thailand.

Namun pada masa sama, Safuwan juga mendapat beberapa tawaran daripada kelab Liga Malaysia (Liga M) selain skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Pemain berusia 31 tahun itu antara pemain import yang paling lama beraksi di dalam Liga M selepas Lions XII dibubarkan pada 2015 dengan mewakili beberapa pasukan seperti PDRM FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan dan terbaharu kembali ke Selangor.

Adam HM

Adam sebelum ini merupakan tonggak utama pertahanan Harimau Muda. Facebook

Walaupun kepulangan Safuwan mendapat kritikan daripada segelintir penyokong Selangor, namun mereka masih mengharapkan pihak pengurusan Gergasi Merah dapat membawa pulang kembali Adam Nor Azlin yang kini sukar mendapat tempat dalam skuad utama Johor Darul Takzim (JDT).

Adam yang menyertai JDT pada 2017 kini hanya beraksi dalam Piala MFL bersama skuad pembangunan JDT II dan diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Bekas pemain Selangor yang meningkat naik bersama Gergasi Merah itu dilihat sukar untuk bersaing dengan pemain pertahanan JDT lain seperti Jordi Amat, Feroz Baharudin, Shahrul Saad, Shane Lowry dan lain-lain lagi.

Adam JDT

Adam menyertai JDT pada 2017. Facebook/JDT

Di media sosial, penyokong Selangor berharap pihak pengurusan dapat membawa kembali Adam bagi membantu benteng pertahanan Gergasi Merah yang dilihat kian rapuh sejak akhir-akhir ini.

"Panggil balik Adam Nor Azlin, simpan dalam peti sejuk karier dia hancur, dia pun suka cuba dari jauh," kata Mrrosli.

"Selangor kena offer baik sikit, dari tak main langsung bola main pun masuk 5-10 minit mesti dia pertimbangkan balik ke negeri asal," ujar Sandy.

"Tengok Adam selalu diturunkan main dengan JDT II, baik balik Selangor dia pun naik dengan Gergasi Merah. Daripada penyerang terus jadi pertahanan," luah Mokhsin Samd.

Adam sebelum ini merupakan tonggak utama skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara yang berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala Asia B-23 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram