'Mohon sign kontrak jangka masa panjang', fans TRW usik JDT bakal sambar Harith jika meledak di Kota Bharu


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jul 2023

Harith menjaringkan dua gol untuk Kelantan FC ketika bertembung dengan skuad Harimau Kumbang baru-baru ini. — Facebook/MFL

HARITH Akif sememangnya nama yang sedang menjadi perhatian penyokong bola sepak selepas aksi menakjubkan ketika bertemu Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Pemain berusia 22 tahun itu, hampir menjaringkan hatrik selepas meledak dua gol sekali gus memberi impak permainan berbeza terutama di posisi serangan Kelantan FC.

Bekas pemain presiden UiTM FC itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan UiTM Shah Alam.

Penyokong Kelantan berasakan corak permainan Harith lebih baik daripada bekas penyerang import The Red Warriors (TRW) iaitu Nuha Marong dan Ismahil Akinade.

Setakat ini, Harith sudahpun menjaringkan lima gol ketika menyarung jersi TRW dalam dua kejohanan berbeza iaitu Piala MFL dan Liga Super.

Harith yang baru tampil dua kali dalam kesebelasan utama Kelantan sudah mula mendapat reaksi positif daripada penyokong TRW.

Oleh itu, tidak salah untuk mengatakan Harith adalah penyembuh luka penyokong yang sedih dengan pemergian dua penyerang import tersebut.

Akif

Rakan sepasukan meraikan jaringan Harith Akif ketika menentang Penang FC baru-baru ini. — Facebook/MFL

Malah, ada penyokong TRW yang mengusik pihak pengurusan supaya memberikan kontrak jangka masa panjang untuk Harith sebelum menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat.

Kelantan dijadualkan akan melayani kunjungan JDT bagi perhitungan ke-17 Liga Super.

"Mohon TRW sign kontrak baharu Harith Akif sebelum lawan JDT malam ini (Jumaat).

"Mana tahu dia score malam ini, tiba-tiba ada yang nak sambar," ujar @TwtKelateFC.

"Bukan senang nak tolak tawaran JDT atau kelab lain dengan situasi semasa Kelantan FC, harap dia kekal untuk semusim lagi," kata @AbdIshamel.

"Kalau Boszam tak jaga kebajikan pemain bukan kata JDT, Liga M3 offer pun mungkin dia pergi," luah @AliKmarudin.

"JDT tengah giat cari pemain muda berbakat itu, kalau Harith score malam ini memang tahu dah musim depan dekat mana," jelas @KrdAmila.

Kelantan kini menduduki tangga terakhir selepas tewas 13 perlawanan seri satu dan hanya menang sekali dalam 15 perlawanan Liga Super setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram